Kelebihan Fish Oil atau Minyak Ikan !

by - Julai 28, 2021




 Stok lama dah nak abis. Tinggal lagi beberapa biji. Aku cari di Lazada stok baru. Kenapa aku jadikan dia makanan tambahan aku ? Pertama... aku jarang nak makan ikan. Ikan yang aku suka makan pun , tak banyak. Aku fobia sikit nak makan ikan kerana trauma dengan tulang ikan ! Huhuh.. Dah ada pengalaman. Begitulah kisahnya. Nak tak nak.. kena cari ganti la untuk pastikan tubuh badan aku ni senantiasa sihat di kala musim pandemik ni ! 

Kelebihan Fish Oil atau minyak ikan ni , dah ramai tulis di internet. Kena rajin cari dan baca. Tapi aku tau.. ada yang MALAS nak Google... kan kan ? Tak pe... aku kasi korang baca je kat sini serba sedikit.. Ni pun aku copy n paste je info dari web yang boleh dipercayai.. Moga bermanfaat. Kalau aku ulas pun, menda sama jer.. kan kan ?

Kalau macam kes aku ni, sejujurnya laaa.. aku dapat rasa perbezaan dari segi ingatan la. Kalau dulu mudah lupa tapi sejak dua menjak ni.. haaa.. kang cakap, kata over claim ! Hahahaha... Dan ada kawan komen di IG , katanya kolestrol dalam badan dia pun turun sejak dia amalkan. Haaa, ok la kan ? 

Jom baca info mengenai minyak ikan ni.. Aku amik dari Hello Doktor.


Apa itu minyak ikan?

Minyak ikan adalah lemak atau minyak yang diekstrak daripada tisu ikan. Kebiasaannya ia dihasilkan daripada ikan berminyak seperti ikan tuna dan ikan tenggiri. Adakalanya ia turut diperbuat daripada hati ikan, sebagai contoh, minyak hati ikan kod. 

Pertubuhan Kesihatan Dunia (WHO) turut menyarankan pengambilan ikan dalam diet pemakanan setiap minggu. Ini kerana asid lemak omega-3 yang terdapat pada ikan memberikan pelbagai manfaat kesihatan, ia adalah termasuk membantu melindungi dan mencegah beberapa penyakit.

Walau bagaimanapun, jika anda tidak dapat mengambil hidangan 1-2 hidangan ikan bagi setiap minggu, pengambilan supleman tambahan berasaskan minyak ikan akan dapat membantu anda untuk mendapatkan omega-3 yang mencukupi.

Kebiasaannya, 30% minyak ikan terdiri daripada asid lemak omega-3, manakala bakinya terdiri daripada lemak lain. Sesetengah daripadanya juga biasa mengandungi beberapa jenis vitamin, seperti vitamin A dan vitamin D.

Umumnya, jenis omega-3 yang terdapat dalam minyak ikan menawarkan manfaat kesihatan yang lebih baik berbanding omega-3 yang boleh ditemui dalam beberapa sumber tumbuhan. Sumber omega-3 utama dalam minyak ikan adalah asid eikosapentaenoic (eicosapentaenoic acid, EPA) dan asid docosahexaenoic (docosahexaenoic acid, DHA), manakala bagi omega-3 dalam sumber tumbuhan pula mengandungi asid alpha-linolenic (ALA).

Walaupun ALA merupakan asid lemak penting, EPA dan DHA mempunyai lebih banyak manfaat kesihatan. 

Kepelbagaian manfaat kesihatan
  1. Jantung dan darah
    • Keberkesanan penggunaan minyak ikan dalam diet makanan telah diuji untuk pelbagai jenis keadaan kesihatan. 
    • Kebiasaannya ia digunakan untuk keadaan yang berkaitan dengan sistem jantung dan darah.
    • Sesetengah individu menggunakannya untuk membantu menurunkan tekanan darah, trigliserida dan tahap kolesterol. 
    • Ia juga sering digunakan untuk mencegah penyakit jantung atau strok (angin ahmar) dan beberapa masalah berkaitan jantung seperti arteri tersumbat, sakit dada, denyutan jantung yang tidak teratur, pembedahan pintasan, kegagalan jantung, mencegah pembekuan darah dan tekanan darah tinggi selepas pemindahan jantung.
  2.  Buah pinggang 
    • Minyak ikan juga digunakan untuk pelbagai masalah berkaitan dengan buah pinggang termasuk penyakit buah pinggang, kegagalan buah pinggang, dan komplikasi buah pinggang yang berkaitan dengan kencing manis, sirosis (cirrhosis), penyakit Berger (IgA nephropathy), pemindahan jantung, atau penggunaan ubat yang disebut siklosporin.
  3.  Otak
    • Ikan mungkin mendapat reputasi sebagai ‘makanan otak’ kerana sesetengah individu mengambil ikan untuk membantu mengatasi masalah kemurungan, gangguan bipolar, psikosis, kecelaruan hiperaktif kurang daya tumpuan (ADHD), penyakit Alzheimer, gangguan penyelarasan pembangunan, sakit kepala migrain, epilepsi, skizofrenia dan gangguan mental.
Sebenarnya ada banyak lagi manfaat minyak ikan ni. Kang aku copy banyak banyak, korang malas nak baca. Hahaha.. Korang boleh google sendiri baca la yer. Apa pun, Fish Oil ni memang ok sangat untuk aku amalkan. Korang ? Aku tak tau.. kena tanya doktor memasing. Hee...

You May Also Like

1 comments

  1. Yes, kita geng makan ayam.. maknanya kena ambil juga supplement minyak ikan supaya sihat.

    Tapi ada banyak brand kan.. ada sesetengah brand kalau makan dan sendawa jelas terasa keikanannya..

    BalasPadam