Kita sedang berperang. Buat masa sekarang , kita 'survive' dulu !

by - Julai 16, 2021

Semalam wife terpaksa keluar untuk ke Pusat Pemberian Vaksin di Sepang. Macam macam peringatan aku berikan pada dia berdasarkan pengalaman aku. Walaupun situasi aku dengan dia pasti berbeza tapi sedikit sebanyak akan dapat membantu dia. 

Jangan sesekali buka face mask ! Pakai double !  Guna face shield ! Aku rasa dia lebih arif dari aku sebab dia yang kerap keluar rumah untuk ke pejabat berbanding aku yang keluar gi beli roti untuk anak anak.




Jangan berbual di sana. Jangan pegang apa apa termasuk telefon pintar orang lain walaupun dia mintak tolong amikkan gambar ! TERPAKSA ! Keutamaan diri ketika ini sangatlah penting. Kita pun nak tolong dia juga. Elakkan dari terkena jangkitan. Katanya ada yang mintak tolong ambilkan gambar tapi dia terpaksa menolak dengan baik. Terasa kejam katanya. Aku pujuk dia mengatakan tindakan dia dah betul. Walaupun dia mungkin akan sanitize telefon tu.. tapi apa akan terjadi jika dia terlupa ? Sedangkan ketika mengadap Allah pun kita boleh terlupa rakaat.. ni kan pulak nak buat benda yang jarang kita buat..sanitize handphone ! 

Dan paling penting kerap cuci tangan dengan sanitizer bila berada di sana. Borang vaksin pun dia dah isi dari rumah lagi. Senang. Tak payah nak buang masa kat sana. Katanya orang ramai tapi segalanya berjalan lancar.

Sejujurnya , jantung aku berdebar. Takut.. risau.. macam macam ada. Setiap hari aku membaca posting kenalan yang positif Covid 19. Bukan dia saja. Malah ahli keluarga turut terlibat. Aku pandang muka anak anak... Ya Allah ,kita sedang berperang dengan musuh yang tidak terkelihatan ! Senantiasa berdoa agar Allah permudahkan urusan si isteri dan lindungi dia.

Hanya ini saja wife mampu jadikan kenangan. Nasib baik dia bukan jenis suka bergambar.

Anak anak lak.. aku tak memaksa sangat berPdPR. Belajar je ikut masa tertentu dan biarlah mereka bermain sesama mereka. Si Aariz kerap dok datang tanya pada aku bila boleh pergi hotel lagi. Kesian dia. Dia paling jarang dapat bercuti ke hotel berbanding abang dan kakak dia. Huhuh.. 

" Nanti virus dah takda, kita pergi yer.. " pujuk aku. 

" Ooooo... ada virus banyak yer ? Takutnyaaa.. " Terus dia tutup hidung dia. Dalam hati aku, sebak. Terus aku usap kepala dia. Ya Allah... lindungilah kami dari wabak yang merbahaya ini. 

Aku buka Telegram. Di situ aku sering baca perkembagan terkini. Ada yang hantar video Tik Tok Hari Raya. Rindunya suasana tu. Kalau dulu , kita akan sedih sebab tak dapat pulang beraya.. tak dapat beraya dengan mak ayah yang telah pergi dahulu tapi kini suasananya amat berbeza. Seperti berperang ! Duduk rumah diam diam. Keluar bila nak cari barang dapur atau yang terpaksa bekerja demi sesuap nasi , mereka 'berkorban nyawa'.  Semoga Allah murahkan rezeki buat mereka.


Merenung luar jendela.. 45 tahun umur aku. Dulu arwah ayah sering bercerita mengenai waktu kecilnya. Perang Jepun dan juga bagaimana Komunis mengancam nyawa mereka. Setiap kali kenderaan kami melalui Balik Pulau, Pulau Pinang... itulah yang akan dia cerita.  Ketika tu aku masih kecil lagi. Mampu angguk jer. Katanya lagi , ubi kayu jadi makanan utama. 

" Hangpa beruntung. Lani semua dah aman. Damai.. " katanya. 

Kini aku dan anak anak sedang lalui. Walaupun tiada senjata tapi musuh sangat merbahaya dan kejam ! Aku menunduk sayu. Anak anak aku akan ceritakan pada anak anak mereka satu hari nanti bagaimana mereka lalui sangat sangat getir melawan virus ! Tak dapat pergi sekolah. Tak da kawan. Setiap hari buat benda sama. Makan apa yang ada. Tu pun nasib baik ada makanan. Yang terpaksa catu makanan  ? Allahu Akhbar..

Tak pe la nak.. Daddy tak nak paksa korang duduk belajar lama lama depan laptop tu.. Buat masa ni, belajarlah yang asas dulu. Membaca, menulis , mengira , solat , mengaji... InshaAllah, selesai semua ini.. kita sama sama belajar untuk berjaya yer ! 

Yang penting , kita kena 'survive' dulu ! 






You May Also Like

2 comments

  1. SAMA-SAMA kena LAWAN sungguh-sungguh. SEMUA pihak kena terlibat.

    BalasPadam
  2. masa sekarang semua orang kena jaga diri baik2.

    BalasPadam