Kahf , jalan yang ku pilih !

by - Isnin, Oktober 31, 2022

Berdiri depan pintu. Fikir panjang nak keluar rumah. Matahari dah mula meninggi. Terasa terik di kulit muka. Terasa menyesal lak tak jogging awal subuh tadi tapi risau lak sebab hari masih gelap. Terpaksa juga tunggu matahari keluar. 

Tapi tu dulu laaa.. Itu yang berlaku pada aku ! Disebabkan tu aku jarang nak berjogging atau berbasikal. Aku lebih suka bersenam di gym jer. Heee.. Malas nak berpanas panasan. Bukannya aku ni putera lilin tapi cahaya matahari di zaman ni tak sama dah macam dulu dulu. Cahaya matahari ni bagus untuk kita. Bagus sangat tapi jika berlebihan kena cahaya , boleh beri kesan negatif pada kita.. Gituuuu ! Maka , bersederhana. 

Namun ada solusinya ! Nah... ini yang aku sendiri alami baru baru ni. Aku dan bersama rakan rakan Influenser Media Sosial beraktiviti lasak sambil berpeluang mencuba sendiri beberapa produk penjagaan diri khas untuk lelaki. Dapatlah aku mencuba sunscreen dan juga minyak wanginya ! Walaupun ada beberapa lagi produk Khaf yang menarik tapi aku nak menumpukan pada dua ini produk ni sebab bagi aku , ini yang sukar untuk memuaskan hati aku ! Dengan harga yang mampu milik, dapat produk berkualiti ! 


Produk pertama , pelindung cahaya matahari atau sunscreen. Disebabkan tugasan harian aku menjemput dan menghantar anak ke sekolah setiap hari. Memang di kala tengahari tu , panasnya membakar kulit. Terpaksa duduk dalam kereta lebih dari 15 minit menanti si abang keluar dari sekolah. Terpaksa pergi awal untuk dapatkan tempat parking yang sesuai. Huhuh.. 

Pengalaman menggunakan sunscreen Khaf sepanjang hari pada hari itu , memang membuatkan aku rasa WOW ! Tak terasa langsung perit mentari malah membuatkan aku begitu bertenaga lagi tanpa menghiraukan kepanasan !




Ketika beraktiviti di tempat terbuka dan di bawah mentari , pastinya kulit berpeluh peluh. Tapi sunscreen yang aku pakai tu tak menganggu aku sama sekali. Berbeza dengan sunscreen yang pernah aku guna sebelum ni... kulit jadi gatal , kering dan berminyak. Lantas,  aku tak gemar nak pakai dah sunscreen ! Huhuh.. 

EDT atau perfume Kahf ! 


Nah.... ini satu lagi kelemahan aku. Ketika beraktiviti terutama di gym  , bau baju menjadi masalah. Bukan sebab badan tu yang mengeluarkan bau dari baju hasil dari gabungan peluh dan  baju tu sendiri. Membuatkan aku rasa cukup tak selesa ! Pakai perfume pun masih terasa bau yang kurang enak. Huhuh.. Bila berbual dengan rakan di gym, memang akan jarakkan diri ! 

Tapi pada hari itu , aku senantiasa wangi dan segar je. Heee... Syokk ! 

EDT Khaf ada 4 variasi. Yang paling sesuai dengan aku ialah Waterfall ! Allah... wanginya laa bila disembur pada badan dan baju. Terasa seperti lelaki sejati walaupun memang aku ni lelaki sejati ! Haaa.. Bila berpeluh, takda nak bau tengit bagai ! Heee.. Syokk ! 

Harga EDT ni memang menarik. Harganya mampu milik dan tak segan nak bawa travel sebab warna dan botolnya nampak begitu ekslusif ! 


Sejujurnya , korang patut simpan ke empat empat variasi EDT ni di rumah. Sesuai dipakai ketika nak solat , tidur malam , keluar beraktiviti mahupun nak gi dating ! Heeee.. Jangan lupa berterima kasih kat aku sebab syorkan EDT Kahf ni kat korang eh.. 

Kat mana nak beli produk produk Kahf ni ? Di Watson , Guardian dan kalau malas nak keluar membeli, di Shopee ada ! 

Link belian produk Kahf di  Shopee : https://shopee.com.my/kahf.os










You May Also Like

10 comments

  1. Ooo... ada jual kat farmasi je. Senang laaa gitu. Nak belikan tuk Geng laa sunscreen tuu.. asyik dok cilok Nina punya je. HAhaa

    BalasPadam
  2. Perfume tu nanti nak beli kat asben hehehe.. Beli 4 terus laa.

    BalasPadam
  3. Macam best je produk ni, packaging dia nampak mahal

    BalasPadam
  4. first time dengar nama brand ni. nice packaging dia minimalist. nk beli lah hadiahkan pada suami.

    BalasPadam
  5. Boleh belikan untuk suami ni... Buat hadiah besday pun best gak ni

    BalasPadam
  6. Murah gak harganya, tengok packaging nampak cam mahal. Menarik ni

    BalasPadam
  7. Ada kat Watson dan Guardian. Boleh la pi bau. Sunscreen tu macam rasa nak beli untuk suamilah.

    BalasPadam
  8. Hah, wajib ye pakai sunscreen..Minyak wangi tu nak cari untuk suami la

    BalasPadam
  9. Terima kasih share, terbaik
    https://www.blogammar.com/semakan-daftar-pemilih-dan-lokasi-mengundi/

    BalasPadam