Masuk gear D , pastu termenung seketika !

by - Jumaat, November 04, 2022



Kereta aku , Grand Livina yang dah masuk usia 9 tahun lebih tu.. banyak berjasa dah pada kami. Dengan lebih 226 ribu km perjalanan , setakat ni rosak beberapa kali je dan Alhamdulillah , paling teruk pun radiator kong ketika perjalanan pulang dari KLIA. Nasib baik sempat berhenti tepi. Huhuh... Pastu , pernah bocor tayar di tengah jalan... tu pun dah dekat ngan rumah. Huhuh lagi. Lain dari tu , biasa biasa je la. Kira Alhamdulillah la. 

Sekarang masalah bila masuk gear D , dia tak bergerak. Kena tunggu seketika , baru boleh bergerak. Aku perasan dah beberapa kali. Tapi anggap cam takda apa apa sehinggalah baru baru ni , aku rasa dia 'termenung' agak lama gak la. 

Aku mesej beberapa orang rakan yang juga mekanik dan bertanyakan pendapat. Aku mencari infomasi ak di internet dan juga Youtube. Jawapan yang aku dapat ialah masalah getah di gearbox tu dah keras. Kena tukar. Solusi yang aku dapat ialah ; 

    i ) letak minyak ATF
    ii ) overhaul 
    iii) tukar gearbox ( guna half cut )
    iv) tukar kereta baru

Dengan keadaan sekarang ni , aku rasa aku tolak dulu cadangan tukar kereta baru. Aku mencari infomasi mengenai penggunaan minyak ATF ni. Aku bertanyakan pada abang aku dan juga adik ipar. Diorang ni lama dah berkecimpung dalam dunia kereta ni. Dia cadangkan guna dulu minyak ATF. Kenapa ? Sebab keadaan gearbox aku tu tak teruk pun. Dia sendiri guna pun dah lama. Takda masalah. 

Kenapa tak overhaul atau tukar gearbox ? Macam aku bagitau tadi, keadaan gearbox aku tu cun lagi. Cuba dulu guna minyak ATF. Kalau dah tak boleh selamatkan, baru tukar gearbox. Haaa, gitulah katanya. Malah ketika aku bawa ke mekanik yang dah main dengan Nissan ni berpuluh tahun lamanya, dia pun cadangkan gitu je. Kalau teruk , baru tukar gearbox. 

Aku pun ok je la. Cuba dulu la. Mana yang boleh jimat kos dan berbaloi, kita ikut je. Nanti baru fikir bab lain. Yelah , orang kata 2023 nanti ekonomi makin teruk. Kena berjimat cermat. Maka.... terpaksa la buat gitu buat masa ni. 

Kalau berjaya survive 2023 , aku nak makeup Grand Livina aku cun cun ! Kena buat balik semua. Huhuh...

Sedikit nasihat.. kalau baru start enjin kereta tu, tunggu la sekejap sebelum bergerak yer. Walaupun ada yang kata takda impak pada kereta , sebenarnya ada walaupun kecil je. Tak rugi pun tunggu jap... 

You May Also Like

2 comments

  1. Nissan sentra saya pun gearbox dah termenung. Masuk gear 2 pun x gerak. Masuk gear 1 baru gerak

    BalasPadam
  2. Kereta Grand Livina saya yang dah guna 15 tahun pun dah ada masalah ini. Pagi tadi nak kena masuk gear 1 baru gerak.

    BalasPadam