Anak batuk teruk ? Kita pun ? Bahaya jika dibiarkan !

by - Ahad, November 27, 2022

Hari terakhir persekolahan sebelum ditutup untuk memberi laluan pada PRU15 negara kita. Malam tu , Zahra mula batuk batuk. Tak teruk. Sesekali jer. Aku mula risau. Dia pernah masuk wad dek kerana ada jangkitan kuman dalam paru paru dan ianya bermula dari batuk ! Kasi dia ubat batuk biasa dulu.dan pada masa yang sama aku buatkan air halia suam panas. Batuknya ok skit tapi esoknya makin menjadi. Apa yang membuatkan batuknya jadi gitu ?

Pertama.... dia suka makan gula gula ! Aku dah cakap berkali kali tapi biasa la, degil. Bila tak kasi , buat muka dan buat perangai. Merajuk bagai. Bila dah kena macam ni baru dia tau dan belajar yang mana gula gula tak bagus sama sekali ! 

Alhamdulillah , Qhaliff dan Aariz tak dijangkiti. Pastu aku bawak dia gi check di klinik. Doktor kata paru paru dia tu sensitif. Tak leh bela kucing dan rumah kena pastikan bersih dari habuk habuk. Hurm.. Kasi ubat doktor 2 hari... tak jalan ! Aku mula plan nak bawak Sonotron Bangi. Kasi ultrasound di dada untuk pecahkan kahak. Tapi dia tak nak ! Katanya panas. Hurm...

Seminggu dia tak gi sekolah. Aku cari petua orang dulu dulu di internet. Rupanya ramuan aku tak cukup ! Dulu aku pernah buat tapi terlupa. Apa yang kurang ? Buatkan air halia guna serbuk halia, pastu tambah madu dan juga perahan lemon. Guna air suam panas dan bagi dia minum tiap kali dia batuk. Batuknya jadi lega. Pastu aku buat sebotol untuk dia je minum. 

Aku nampak perubahan ketara di situ. Bila batuk ni, ada pantang larang bab pemakanan. Aku perhatikan Zahra , lepas makan anggur dan oren , batuknya menjadi semula ! Maka aku larang dia makan buah , roti  dan apa jua air manis ketika ni. 

Alhamdulillah... ok sangat perubahan dia. Batuk ada tapi jarang. Ada kahak tapi dia tak reti nak buang sangat. Aku teringatkan kes aku kena Covid 19 baru baru ni, aku gi farmasi dan belikan dia suppliment yang mengandungi Cendawan Susu Harimau. 

Di rumah, aku terus bancuhkan untuk Zahra. Macam Ribena je airnya. Bagus. Tinggi Vit C juga. Harga pun leh tahan. RM100+ ! Huhu.. mahal harga kesihatan. Malam tu, dia lega banyak. Esok hari , aku buatkan lagi secawan untuk dia. Syukur pada Allah , batuk dia dah sembuh. 

Aku call mak aku. Dia mengadu gak pada aku yang batuk dia tak elok elok. Aku bagitau dia apa kena buat. Dia buat malam tu. Esok hari aku call tanya perkembangan. Katanya dah lega banyak. Air halia ditambah madu dan lemon. Minum suam panas. 




Anak bila mula batuk , jangan biarkan. Orang tua pun sama. Bila mula batuk , cepat cepat kasi lega. Minggu depan wife nak ke London , 2 minggu ! Serbuk halia ni antara wajib dia bawa. Kenapa ? Dia mudah pedih ulu hati , selsema dan sakit kepala. Ubat dia , serbuk halia ni la. Bancuh dan minum. 

Aariz kelmarin pun baru nak selsema.. terus aku buatkan air halia suam panas. Dia tak nak minum awalnya tapi aku tunjuk ubat doktor , terus dia minum. Huhuh... 



Nak serbuk halia : https://halia1.wasap.my/

 

You May Also Like

1 comments

  1. boleh beli untuk di rumah.Anak-anak alhamdulillah jarang batuk walaupun ada bela kucing kat rumah tapi ye boleh buat air ni bagus juga untuk orang dewasa

    BalasPadam