PRU15 : PH atau PN ? Er..BN ?

by - Sabtu, November 19, 2022

Dulu aku tak amik pedulik pasal politik ni ! Pedulik apa... yang aku tau , mereka yang bergelar ahli politik ni hidup mewah selepas menjawat jawatan WAKIL RAKYAT dan rakyat masih perlu 'merayu rayu' untuk dapatkan bantuan dan pertolongan. 

Arwah ayah aku , paling lantang bersuara pasal politk ni di rumah. Kami , adik beradik tak kisah. Asal cukup makan pakai , ada duit.. ok dah ! Tapi segalanya berubah bila masing masing dah berkeluarga dan bekerja sendiri. Aku pula , sejak mengutip pengalaman bekerja di sektor awam , aku  sedr dan mengetahui betapa pentingnya POLITIK di negara ini.

Bagi aku , peranan KETUA parti amatlah penting. KETUA hauk , segalanya akan hauk ! Yang menentang , kena cantas ! Kesannya ?? Bukan sekarang tapi akan datang dan sekarang , kita sedang lalui malapetaka dari kepincangan dan kekorupan pemimpin lepas ! 

Realiti ! 

Di usia 47 ini , aku turun mengundi untuk kali 2 dalam hidup aku. Walaupun aku dah berpindah ke Sepang , aku tidak menukar alamat dan masih nak mengundi di Cheras. Aku sayangkan Cheras ! Daripada kawasan yang dikatakan hulu, kini Cheras cukup padat membangun. Buktinya ? Setiap kali hujan lebat , mesti ada kawasan banjir ! Heee.. 

Ok... Aku undi mana kali ni ? Di zaman muda aku, aku cenderung ke arah BN. Masa tu tak amik tahu pasal politik. Sehinggalah Najib Tun Razak.. aku dah rasa BN ni semakin mengarut. Aku berdiri di atas pagar. Ditambah lagi dengan pengalaman bekerja di sektor awam , aku dapati ahli politik negara kita ni banyak mengarut dari nak membantu rakyat. 

Aku turun mengundi buat kali pertama atas tujuan untuk tumbangkan NAJIB TUN RAZAK. Alhamdulillah... Malaysia berjaya ! Tapi keadaan seperti yang dijangka... huru hara dunia politik ! Rakyat jadi mangsa ! Tapi tak pe la... Itulah harga pengorbanan yang rakyat  Malaysia kena terima untuk jatuhkan insan yang tidak amanah pada tugasnya ! 

Kali ni.... aku turun mengundi lagi untuk pastikan mereka yang sepatutnya dibicarakan dengan adil , terus diadili ! Itu saja. Sapa nak perintah , aku pasti akan ada pengabungan. Aku malas nak pikir pasal tu. Yang penting, sejarah 22 bulan tidak berulang lagi  ! 



Gerak ke Cheras , jam 8 pagi. Alhamdulillah.. cuaca cantik dan dipermudahkan perjalanan pergi dan pulang. Tinggalkan kereta di depan flat tempat tinggal aku dulu pastu aku berjalan kaki ke tempat pengundian dalam 20 minit gitu. Nasib baik ada teman. Geng sepermainan yang kebetulan nak pergi mengundi juga. 

Banyak cerita sepanjang berjalan kaki tu. Terasa macam dulu dulu je. Huhuh.. 


Selesai mengundi , gi jumpa mak jap pastu balik ke Sepang. Laju je balik sebab aku nak sampai awal ke restoran Nasi Ayam Mafia. Heee.. risau sup kaki ayam dan kari ganja abis ! Hahahaha... Sambal , cili , budu.. ulam dalam kepala aku ! Teringin ! Memang wajib pekena dah setiap minggu kat sini. Jimat pun satu hal. 

Biasanya aku sekeluarga makan dalam RM30 jer. Air suam free.  Amik cendol satu , kongsi dan ngan wife. Anak anak pun tak kisah nak minum apa sebab ayah dia larang minum manis. Heee.. Maka diorang akan minum air suam je la. Yang penting ada ayam. 



 Alhamdulillah... selesai tugas aku sebagai rakyat Malaysia. Sekarang menanti keputusan PRU 15. Aku cuma harapkan mereka yang tak layak lagi menjadi wakil rakyat , tewas dan tak perlu lagi berada di parlimen dan juga menjawat jawatan menteri. 


Moga Malaysia kembali  cemerlang di bawah pemimpin yang baru. Semoga Allah lindungi Malaysia. 

You May Also Like

0 comments