Siapa bakal Perdana Menteri Malaysia ke 10 ?

by - Isnin, November 21, 2022


Bakal Perdana Menteri Malaysia ?

Rileks KJ.. Tun Mahathir juga pernah tewas dalam PRU sebelum bangkit dan menjadi Perdana Menteri selama 22 tahun dan menjadi lagi Perdana Menteri selepas itu. Anda bukan kalah teruk pun. Ramai je nak anda menang cuma kali ni , rakyat nak perubahan dalam negara. Negara sedang nazak dan perlu dibangkitkan semula. Tuan dan Puan Nurul Izzah , antara calon calon yang bakal membawa perubahan satu hari nanti. Buat masa ni, teruskan menabur jasa dan bantu rakyat yang memerlukan. 

Nah.. sekarang ni , yang menjadi persoalan ialah.. siapakah bakal PM10 ? Anwar Ibrahim atau Mahiaddin Yassin ? Sesiapa yang dilantik , aku tak rasa membawa perubahan dari sektor ekonomi dalam masa terdekat. Anwar Ibrahim , ada agendanya sendiri. Begitu juga Mahiaddin. Yang pastinya , kluster mahkamah akan terus diadili dan harapnya tiada kes dibuang begitu saja ! Jika itu berlaku... siap ler korang pasni ! 

Aku nak siapa ? Hurm... sejujurnya pemerintahan 22 bulan yang lepas menjadi igauan ngeri buat aku dan ramai lagi rakyat Malaysia. Alhamdulillah.. ramai dah nampak kesannya dan tidak berminat lagi untuk melantik mereka ke jawatan tinggi dalam negara. Hee.. Maaf la yer ! 

Siapa pun yang bakal dilantik hari ini , harapnya akan melantik menteri menteri yang boleh buat kerja ! Bukan makan gaji buta. Semoga Allah berkati kalian. 

Bakal PM dan TPM ?





 

You May Also Like

0 comments