Anak anak mudah jatuh sakit ? Cuba amalkan ni.

by - Isnin, November 14, 2022


Lepas gym, aku singgah pasaraya Star Market di Bandar Baru Salak Tinggi. Ada dua jenis buah-buahan yang akan aku beli. Wajib beli setiap minggu. Satu , anggur hitam dan satu lagi , oren. Kadang kadang , epal hijau. Heee... 

Kenapa anggur hitam ? Baru baru ni , anak anak aku selsema. Payah betul nak sembuh. Macam macam ubat aku kasi. Pagi gi sekolah , sihat. Balik... selsema ! Aduh , letih macam ni. Kalau biar selsema ni , tak bagus untuk diorang. 

Sebelum ni, ada la kasi Sambucool tu tapi cam.. hurm. Aku tak nak la diorang dok bedal benda tu ari ari. Sedap tu memang sedap tapi risau tinggi gula ! Manis !! Tergerak hati pada satu hari tu untuk beli anggur hitam. Aku bagi diorang makan. Aku sendiri pun makan gak. Dan aku perasan , sejak dari tu.. diorang tak selsema dah ! Alhamdulillah. Batuk pun takda dah. 

Maka sejak dari hari tu la aku pastikan stok anggur hitam ni wajib ada dalam peti ais. Sehari , sorang makan 2 biji je dah. Nak lebih pun ok je tapi payah gak nak suruh makan kecuali Zahra. Dia suka buah. Dua hero tu lagi , payah skit terutama Qhaliff. 

Kelebiha anggur hitam ? Cukup tinggi dengan vitamin C malah baik untuk jantung , kesihatan mata , mencegah diabetis, mengurakan risiko kanser , mampu menguatkan tulang , bagus untuk otak juga dan banyak lagi. Amik dalam kuantiti sederhana yer.

Jangan lupa rendam dengan air garam bukit atau soda bikarbonat lepas beli di pasaraya sebelum makan yer. Itu yang aku buat. Heee.. kenapa ? Untuk membersihkan buah buahan tu dari sisa racun. Faham faham je la kan. 


Zaman ni , sangat mencabar. Untuk pastikan anak anak punya sistem imun badan yang kuat , kita kena bekalkan makanan yang sihat. Tapi kita pun tau kos makanan sihat ni amatlah mahal. Nak tak nak , kena berusaha juga sebab kos untuk merawat sakit ni , lagi mahal dari kos makanan sihat tu ! Haaa.. mana nak ? Bila sakit , kita nak gi keja pun payah. Kena jaga diorang kat rumah. Tu belum lagi kalau kena masuk wad bagai. Kan ? 

Bila diorang sihat.. otak cerdas ! Nah... time ni kita push diorang sikit ! Kasi masukkan banyak ilmu dalam kepala otak diorang tu. Main main gak, tapi belajar tu paling utama ! Aku masukkan Qhaliff dalam kelas tuisyen online. Belajar secara online je zaman ni dari bersemuka. Risko jangkitan penyakit pun rendah dengan cara gini. 

Bagus ke ? Alhamdulillah... Perubahan dia memang banyak terutama untuk kelas Sains , Matematik dan English. Kelas setiap hari , malam jer. 2 jam je pun. Sebelum kelas , dia siapkan dulu kerja rumah. Dan di sekolah , dia dah 'mendahului' rakan rakan dalam pelbagai topik. Balik sekolah , dia selalu cerita yang dia tolong ajarkan kawan kawan yang lemah. Alhamdulillah.. 



Pastikan anak anak kita dalam ilmu yang sebetulnya. Info lanjut : www.relyedu.com

ReLY Support TeamWasap.my/60192292022


You May Also Like

0 comments