Buat cermin mata baru di Sungei Wang Plaza , Kuala Lumpur.
Aku memang berhati hati kalau nak buat cermin mata baru sejak terkena sampai beribu ribu ringgit untuk sebingkai cermin mata ! Insaf ! Pakai pun sekejap je ! Kenapa sekejap ? Hurm.. bila kita pilih cermin mata , mereka tak bantu pun. Mereka tak tanya untuk apa , bajet kita dan sebagainya. Lagi kena kencing ada la. Bila dah beli, ada masalah dengan bingkai , terus kata spare part berbulan bulan lamanya ! Ko rasa ???
Sejak tu.. aku cuma buat cermin mata kat satu tempat jer. Ke Sungei Wang Plaza. Sebenarnya dulu masa aku remaja dan lebih kacak dari sekarang , aku pernah buat kat sana tapi tak memuaskan hati ! Murah tu murah tapi dapat bingkai yang.. hurm.
Sekarang, aku hanya ke satu kedai jer. Kat situ , aku kasi tau apa aktiviti aku nak buat dan mereka akan syorkan bingkai yang sesuai dan mengikut bajet atau kemampuan kita membayarnya. Kalau bajet banyak, aku akan fokus pada kanta yang mahal ! Heee.. Kanta murah pun ok je. Setakat aku pakai dah masuk 3 tahun ni, mata aku ok jer. Malah bila check , tak banyak pun perubahan.
Kali ni aku nak tempat bingkai untuk keluar rumah. Wife kata asyik pakai bingkai sama je. Smart tu memang smart tapi kasi tukar la bila nak keluar dating. Gitulah adanya ! Alang alang boleh dapat yang bagus dan murah... manfaatkan ! Heee..
Ini bingkai yang baru aku tempah. Under Armour. Sesuai untuk aku pakai bila berpakaian formal gitu. Tetiba nampak macam One Dollar Lawyer gitu. Heeee.. Ringan tapi kukuh ! Tapi frame atau bingkai macam aku amik ni , kena hati hati ! Kalau dibawa bersukan. Peluh tu nanti akan menyebabkan frame tu berkulat. Ada hijau hijau gitu. Maka sesuai je la kalau nak guna ketika memandu , atau berada di tempat berhawa dingin.
Cantik kan ? Haa.. aku sesuaikan dengan kanta night vision dan tukar gelap sekali.. Bila memandu malam , pakai cermin mata ni memang nampak kacak ar ! Hahaaha.. Atau tengahari ! Lagi kacak. Heee.. kenapa ? Bila ada night vision yang tapis cahaya silau tu ( siang matahari , malam lampu kereta ) mestilah selesa memandu. Ni kalau tak , pedih mata bila kena cahaya kat mata !
Boleh baca pasal kanta night vision tu kat entri : - Silau Mata Memandu di Malam Hari ? Ini solusinya !
Ada banyak jenis frame atau bingkai kat sini. Ikut bajet kita la. Kalau duit banyak , amik yang gempak gempak ! Kalau bajet tak banyak , fokuslah pada yang tahan lasak. InshaAllah dapat guna lebih 3 tahun. Macam aku guna ni la.. dari sebelum PKP lagi ! Alhamdulillah , tahan walaupun guna gi gym, main badminton dan berjogging !
Kelmarin , mak dan adik aku pun ke situ untuk buat cermin mata. Cari yang biasa biasa je. Maklumlah , faktor ekonomi. Lagi pun pakai untuk membaca jer. Ok la kan ? Ikut kemampuan dan kegunaan masing masing.
Eyes Vision Group
Lokasi : G096, Level G , Sungei Wang Plaza , Jalan Bukit Bintang , Kuala Lumpur. Whatsapp : https://eyesvisiongroup.wasap.my/
1 comments
Cermin mata macam dah jadi keperluan sekarang, terutama selepas Covid ni. Banyak bekerja dan belajar depan gadget. Ramai yang terkesan matanya. Jadi cermin mata yang cantik, dan harga berpatutan memang akan disambut baik!
BalasPadam