Silau mata memandu di malam hari ? Ini solusinya !

by - Khamis, Oktober 13, 2022

Aku tahu, ramai makin serabut dengan lampu putih kenderaan ( tak kira la HID , Halogen atau LED ). Dulu kereta je pakai tapi sekarang motor malah lori pun ada pakai ! Giler  birat mata kalau terpandang terutama yang tiruan punya. Boleh berpinar mata dan buta sesaat dua ! Apa jadi pastu ?? Boleh kemalangan bang oiii ! Tak rasa bersalah ke ?? Iskh..

Sejujurnya , aku antara mangsa lampu lampu putih ni. Mereka yang ada masalah silau mata ni , pastinya bersetuju dengan aku. Aku tak tau la apa penguatkuasa buat ! Tak cukup kaki tangan atau saman tak cukup tinggi ? Kalau nak kata untuk keselamatan , abis pengguna lain camana ? Kalau semua pakat pakat guna lampu macam ni.. apa jadi dengan jalan raya kita ? Dah serupa macam stadium bola sepak jadinya jalan raya tu ! 


Gambar dari Careta.My


Solusinya ? Atau jalan penyelesaiannya ?? Camana ?? Takkan nak pakai cermin mata hitam di malam hari ? Huhuh.. Ada jalan keluarnya. Jangan risau. Gunalah kanta night vision. Kanta ni memang ada lama dah tapi harganya mahal ! Di Eyes Vision Group, mereka ada yang harga mampu milik ! Murah jer . InshaAllah , boleh bayar. Pastu pakai dengan bingkai sporty di malam hari ketika memandu.. perghh , nampak kachakkk ! 

Di Eyes Vision Group , Sungei Wang Plaza ni jangan risau la. Diorang mesra pelanggan , pastu ada jaminan. Kena tanya betul betul masa membeli dan simpan resit. Haaa ! Aku sendiri guna cermin mata yang tahan lasak. Kena peluh ketika bersukan , letak merata rata dalam rumah.. tenang jer tanpa risau patah sebab aku amik bingkai yang bagus. Pastu kanta dia pun tahan. Dah lebih 2 tahun aku guna. InshaAllah , nak tukar baru kanta siap ada night vision

Jangan risau bab frame atau bingkai cermin mata. Untuk perempuan , macam macam ada rekabentuk. Untuk anak anak pun ada banyak. Untuk lelaki, terkini dan menarik sekali design yang ada.

Pelanggan setia

Suka frame ni ! 




Kanta night vision ni memang menarik. Kalau kena cahaya lampu kereta, inshaAllah tak lagi pedihkan mata. Malah korang boleh guna untuk melihat gajet di malam hari lagi ! Haaa. Tak perlu risau mata rosak dah. Tapi jangan la tengok berjam jam. Mata tu kena rehat juga. 

Macam aku kata tadi.. harga untuk kanta night vision ni boleh dibincang dengan Mr June nanti. Korang cakap je Ben Ashaari yang rekemen. Tau la dia nak kasi diskaun khas untuk korang. Huhuh.. Belikan untuk pasangan korang yang selalu memandu di malam hari. Duit leh cari.. laki hensem payah dah nak dapat zaman ni. Huhuh.. 







Lokasi : G096, Level G , Sungei Wang Plaza , Jalan Bukit Bintang , Kuala Lumpur. 

You May Also Like

0 comments