Risiko guna nombor telefon 'kitar semula' !

by - Ahad, Disember 04, 2022

Aku bekalkan 2 telefon pada wife untuk ke London. Risau rosak nanti. Pernah terjadi pada aku ketika ke Thailand. Satu telefon terjatuh dalam air. Kong abis ! Nasib baik ada satu lagi tapi masalahnya , camana nak guna Whtsapp ? Kalau nak register Whatsapp nombor kita tu , diorang akan antar code ke sim kita. Kalau berada di luar negara, camana ? Roaming tak buat. masa tu. Guna travel pocket wifi. Lama dah ! 

Satu lagi sebab, phone yang utama tu pernah rosak tetiba. Nak tukar yang baru , dia tak nak. Membazir katanya. Yela, orang perempuan kan ? Kalau kasi hadiah.. ok la. Beli sendiri tamo ler ! Hahahaa.. kan kan?  Yang dia guna tu pun , aku kasi kat dia. 

Aku beli satu simkad prepaid Maxis. Kat rumah dah ada Digi dan Celcom. Line lak, kekadang hancur bila hujan lebat. Tu pasal aku amik Maxis. Tengok camana capaian rangkaian dia. Kalau padu berbanding lagi dua tu, ada la juga point aku nak kondem diorang. Demi kebaikan katanya ! Heee...


Pilih nombor. Amik yang cun skit.. Hee.. Bayar RM50. Lama tak pakai prepaid. Tanya dia pelbagai soalan. Kalau tak reload sebulan apa jadi ? Katanya terus terminate ! Amboi... terus ???? Giler la. Sekurangnya kasi la peluang sebulan tanpa reload. Hahahaha... 

Bayar dan daftar. Selesai. Install Whatsapp pada satu lagi handphone. Tak sampai 5 minit , ada whatsapp masuk. Lelaki.. Kasi mesej tunjuk lidah ! Ala... yang 'P' ler. Pastu ada dua tiga mesej lagi masuk. Perempuan lak kali ni. Aku gambar profile dia. Ada watermark. Aku gi cari kat Facebook. Dan seperti yang aku syak, bukan orang kita la. 

Satu demi satu aku sekat nama dia. Makin meriah lak. Dan lagi syok , diorang masukkan dalam group diorang yang nama entah apa apa ! Terasa dalam group Death Metal lak ! Hahahaha...Wife aku mula stress dengan mesej serta ada yang call ! Grrrr ! 

Aku delete Account Whatsapp. Selesai masalah. Terlupa aku akan masalah ni ! Bila aku up masalah ni di Facebook aku, rupanya ramai ada masalah yang sama. Nak lagi best , ada ALONG siap cari bagai ! Hahahaha.. Lagi nayaaa.. 



Jenuh gak kalau gini. Nak sekat dari orang tak dikenali mesej dan Whatsapp tu, bukan mudah apatah lagi kalau kita ni nak guna nombor tu untuk berniaga. Naya sungguh. 
Rugi RM50 !

You May Also Like

1 comments

  1. Ya betullll kalau pakai yg kitar semula ni macam macam hal berlaku.. macam.macam jenis orang pm dan call . Gerun pon ada ..

    BalasPadam