Fifa World Cup 2022 ulangi sejarah 1998 ?

by - Isnin, Disember 19, 2022

Teringat aku pada perlawanan akhir Piala Dunia 1998 di mana Perancis membelasah Brazil 3 gol tanpa balas. Ketika tu Brazil dibarisi dengan pemain pemain handalan dunia tapi tewas besar dan membuatkan aku terus hilang minat pada bolasepak dunia. Apakah rasuah terlibat dikalangan pemain ? Tak sama sekali. Tapi yang pelik ialah pemain Brazil jatuh sakit sebelum sepak mula. Apa jadi bila pemain sakit ? Pastinya stamina dan tumpuan terjejas. 

Dan Piala Dunia edisi berikutnya , mereka juara manakala Perancis bungkus awal. Hurm.. Ketika tu tuan rumah , Jepun Korea dan mereka mencipta sejarah di kejohanan itu.

Perlawanan akhir semalam di antara Perancis dan Argentina , team Perancis dilanda demam ! Apa dah jadi ? Katanya sebab cuaca ! Hurm... pulak dah. Ternyata perlawanan semalam , separuh masa pertama nampak lain macam ! Perancis tidak bermain seperti sebelum itu. Perancang utama Argentina , Messi dibiarkan 'bermaharajalela'. 

Aku tutup tv dan masuk tidur ! Aku dah boleh jangka. Mereka nak perlawanan menjadi menarik dan kesudahan ditentukan melalui sepakan penalti. 

Messi dapat Piala dan Mbappe dapat nama ! Win win situation. Mbappe boleh cuba lagi di lain edisi World Cup. Muda lagi. Messi dah boleh bersara dengan aman. Gitulah adanya. Tak susah pun percaturannya. Masing masing dapat 'peruntukkan' untuk bangunkan bolasepak negara. 

Tahniah buat peminat Argentina. Sesungguhnya aku tak minat Messi selepas tengok badan dia penuh dengan tatu. Apa mesej dia untuk anak anak muda yang meminati dia ? Awal dulu minat la cara dia main tapi untuk dijadikan idola tu, aku lebih memilih Zidane dan Ronaldo. 

Dan aku... tidur awal semalam. Bangun pagi , segar dan gi gym seperti biasa. Benda boleh rancang.. kenapa nak dibiarkan ? Ianya cuma satu perniagaan dan tiada sapa yang rugi kecuali yang berjudi.  

Beli kat butik Adidas ketika gi Paris , 2014







You May Also Like

0 comments