Aku dah tahu kenapa nama dia Amato Mechamato !
" Qhaliff..dalam citer Mato Mato tu , apasal nama dia Amato ? Dia suka makan tomato ke ? " tanya aku.
" Mechamato laaaaa ! " ketiga tiga anak aku bersuara betulkan tajuk cerita kegemaran diorang.
" Tak tau.. " jawab Qhaliff ringkas.
Aku layan siri animasi BoboiBoy dan Mechamato ni. Memang best la. Dulu pernah terlibat la dengan benda benda ni. Masa kerja dulu la. Bukan mudah nak buat ! Sebab tu aku respek mereka yang terlibat dalam bidang ni di Malaysia, berjaya melakukannya ! Kos pembikinan bukan murah. Dengan peralatan serta software yang digunakan tu.. pergh ! Memang boleh bikin telan air liur. Jika penerbit kaya raya , boleh la. Jika tidak , kerajaan memang kena bantu. Idea ada tapi kewangan menghalang.
Ok.. hari kedua tayangan, aku bawa anak anak gi tengok Mechamato The Movie setelah diorang abiskan semua siri Mechamato di Netflix. Bijak la diorang buat macam ni. Kalau yang bersiri tu, tau tau diorang dah mulakan si Amato ni berkawan baik dengan robot tu. Maknanya tak tau la punca dari mana dia dapat robot tu kan ? Dan pengakhiran pun ditunjukkan bagaimana watak Boboiboy boleh muncul !
Skrip yang santai. Tidak mendidik anak anak bercakap kasar. Ceritanya pun takda la kasar walaupun ada adegan bergaduh. Senantiasa memberi Salam dan mulakan dengan Bismillah. Bagus kan ? Terbaik la team Mechamato ni !
Amato ? Apa punya nama da ??? Nak kata ada kaitan dengan Jepun , takda la pulak. Jauh sekali dengan Korea ! Morocco ?? Takda maknanya ! Hahaha.. Jadi dari mana datangnya nama tu ??? Persoalan di benak aku ni tiada jawapan.
Akhirnya persoalan aku terjawab bila terbaca tweet ni ! Rupanya nama sebenar Amato tu ialah Amat. Mungkin dari nama Muhammad kot ? Dia suka order minuman yang 'O' seperti air koko O , teh O , kopi O. Eh , bagus laaa kan ? Minuman yang tak dicampurkan dengan gula putih dah tu ! Aku pun memang kasi anak anak minum air tu je kalau lepak di Mamak. Hahahaha..
Manakala nama Mechamato tu gabungan Mechabot dan Amato. Gitulah kejadiannya. Best ke movie Mechamato ? Dalam entri aku JANGAN BAWA ANAK TONTON MOVIE MECHAMATO ni, aku dah bagitau berbaloi ke tak ! Haa.. kena gi baca kat sana la apa jawapan aku. Hee..
Mahirkan anak anak kita dengan Bahasa Melayu ! Sesungguhnya bahasa Melayu ini ada keindahannya.
*KELAS ONLINE : KEM CUTI SEKOLAH _FAST TRACK PERSEDIAAN UASA BAHASA MELAYU CIKGU ASRI_*
👉 _Terbuka kepada Pelajar Tahun 3, 4, 5 & 6_
✅Ulangkaji topik-topik penting
✅ Bimbingan Persediaan UASA
♦️♦️♦️♦️♦️♦️♦️♦️
🔰 *JADUAL KELAS*
🗓️ *Bahasa Melayu Tahun 3 & 4*
📚 Selasa - Jumaat
📚 13 Dis - 16 Dis
🕰️ 10.00am - 12.00pm
🗓️ *Bahasa Melayu Tahun 5 & 6*
📚 Selasa - Jumaat
📚 13 Dis - 16 Dis
🕰️ 2.00pm - 4.00pm
*YURAN KELAS:*
☘️RM100 (4 Sesi)
☘️Platform : Zoom meeting
*Berminat* ❓
1 comments
terbaik. suka tgk , xpercaya org Malaysia berjaya cipta movie bertaraf antarabangsa. dengan design lokasi dan pelbagai elemen Melayu di ketengahkan
BalasPadam