Panas mentari tapi malas nak tukar tukar cermin mata ! Ini solusi aku.

by - Jumaat, Disember 09, 2022


Gi solat Jumaat. Parking jauh dari tempat letak kereta. Kenapa ? Sebab aku 'biarkan' ruang tempat letak kereta yang berdekatan masjid pada yang lebih memerlukan. Tapi sejujurnya , nak berjalan ke masjid dari tempat aku letak kereta tu , agak jauh dan berpanasan. 

Nasib baik aku guna cermin mata kanta transition ni. Ala, yang boleh tukar gelap. Ingat lagi aku pernah nak buat kanta begini. Harga dia.. perghhh ! Berdarah hidung weh ! Mahaiii. Tapi sekarang tak dah ! Mampu bayar dan menariknya, siap ada kanta jauh dekat sekali gus. 

Aku ulangi... satu spek boleh buat tukar gelap, jauh dekat dan anti silau ! Haaaa ! Tu diaa.. Kalau malam masa memandu, boleh tenang la mata  tu bila disuluh dengan lampu putih atau lampu tinggi. Kalau tidak.. mau mengelupur jap la ! Buta beberapa saat. Sangat merbahaya dan boleh mengakibatkan kemalangan. 

Frame ? Macam macam ada. Bagitau je frame apa korang nak. Bajet berapa. Nanti diorang akan bagi beberapa contoh. Jarang sangatlah orang yang masuk kedai cermin mata yang aku selalu pergi ni, akan keluar tanpa buat cermin mata. 

Yang aku guna ni, Under Armour. Lama dah aku cari frame gini. Pakai bila keluar rumah jer. Kalau bersukan, pakai yang satu lagi. Hee.. Kalau tengok tv, pakai yang lain lak. Tu diaaa ! Macam macam ada. 

Boleh dikatakan ramai kawan kawan dan ahli keluarga aku buat kat sini la. Senang nak cerita. Kira service after sale tu bagus la. Gitulah..

Lokasi : G096, Level G , Sungei Wang Plaza , Jalan Bukit Bintang , Kuala Lumpur. 
Whatsapp pertanyaan : Mr June di   https://eyesvisiongroup.wasap.my/











You May Also Like

0 comments