Suara hilang sehari sebelum bertolak dari London ke Kuala Lumpur !
Aku mintak tolong wife amikkan gambar Halia #1 di kawasan yang ada salji sebagai bukti dia bawa bersama serbuk halia yang ditanam secara tradisional di kaki Banjaran Crocker , Sabah ni bersama dia. Alhamdulillah , wife yang selama ni kalau tidur di rumah , aircond mesti lebih 20°c atau dia akan mengigil kesejukan ! Huhuh..
Sebelum pergi ke London , macam macam ubat dibawa untuk elakkan dari sakit di sana terutamanya ubat selsema. 2 minggu di sana , memang kena jaga kesihatan betul betul. Bukan senang bila dah jatuh sakit. Katanya untuk dapatkan rawatan pun kena buat temujanji dulu. Huhuh..
Cuaca makin sejuk. Suhu dah mula dibawah 1°C. Bangun tidur , tekak sakit. Katanya dia tidur malam tu kepenatan. Berdengkur barangkali. Aku suruh dia buat air halia ditambah madu. Guna air suam panas. Katanya lega sedikit. Nasib baik dia bawa satu botol ke sana. Bagus juga untuk mereka yang rajin kembong perut bila travel dek kerana salah makan atau terlewat makan.
Hari terakhir sebelum pulang ke tanah air, dia keluar berjalan jalan seorang diri. Duit dah abis shopping beli pakaian untuk anak anak dan er.. perfume untuk aku. Heee.. Lama dah nak nak beli yang original punya. Bila beli kat Malaysia, tak lama tahannya. Adeh. Harga sama lak tu !
Suara dia makin hilang. Sebelum berangkat pulang , dia swab test kendiri. Alhamdulillah, negatif. Dalam kapal terbang , dia pakai face mask jer. Bila makan baru buka. Tiba di KLIA mengikut jadual. Sayangnya, suara tiada sudah ! Huhu.. Berkomunikasi dengan bahasa isyarat.
Sehari selepas tiba dari London
Sebelum bertolak dari London
Pagi ni, swab test lagi. Negatif. Suara dah ada sedikit selepas aku buatkan air halia madu berkali kali. Kena rajin minum air suam panas. Jangan minum air sejuk. Air suam panas akan melegakan tekak. Elakkan banyak cakap dan berehat.
Petua untuk kembalikan suara hilang ni ada banyak. Korang kena rajin rajin google dan baca. Ikut pada keseuaian masing masing. Setakat ni, aku cuma gunakan serbuk halia dan madu jer. Alhamdulillah, nampak la kesannya.
Halia#1 : www.instagram.com/halianosatu
0 comments