Fifa World Cup 2022 : Brazil meneruskan tarian sambalnya !

by - Sabtu, Disember 10, 2022

Kali ni , aku tonton Fifa World Cup 2022. Lama dah aku tak layan sebenarnya. Lebih lebih ketika Brazil tewas besar dengan Perancis. Ketika aku beranggapan 'game dijual' dan malas dah nak tengok beria. Lagi pun bukan dapat duit. Hahaha.. Masa tu laaaa.. 

Tapi selepas Covid 19 ni, aku rasa nak layan semula. Maklumlah, terasa lega tengok manusia dapat berhimpun beramai ramai tanpa perlu ada penjarakan dan pakai face mask. Huhuh.. Kan kan ? Kita nikmati je kehidupan ni selagi bernafas dan elakkan dari melakukan perkara perkara yang dilarangNya. Mudah je kan ? 

Ok.. Pusingan kumpulan dah berlalu. Sedikit hampa kerana tiada wakil dari negara Asia layak ke pusingan suku akhir ni. Harapan disandarkan pada Jepun dan Arab Saudi tapi tiada rezeki. Pilihan aku pada awalnya ialah Brazil tapi selepas melihat permainannya ketika pusingan kumpulan , aku rasa mereka takkan dapat pergi sampai akhir. Huhu.. 

Argentina ? Huhu.. aku tak minat Messi. Entah kenapa aku tak beberapa gemar dia ni. Dia bagus. Kawalan bola dan gerak badan dia bagus. Perancang yang bijak. Tak aku tak minat dia. Walaupun aku minat Argentina ketika zaman Maradona tapi kali ni aku harapkan diorang kalah. Hahaha.. 

Seterusnya pilihan aku ialah Perancis dan Maghribi. Dua team ni je boleh membuatkan aku tunggu di final. Kalau salah satu takda, aku dah boleh tutup tv ! Hahahaha.. 



Tu laaaa... Masa tengok video kucing tu dicampak, aku dah jangka dah ! Hahahaa.. Memang akan tewas punya. Hee.. Ketika perlawanan masuk ke sepakan penalti sebagai penentuan , aku dah tau diorang akan tewas. Pasukan pilihan ni biasanya akan gugup bila sampai ke peringkat ni. Diorang kena menang dengan gol padang. Kalau bawa ke penalti. memang tipis la harapan diorang. 

Malam ni, dua game best untuk ditonton. Huhuh... Aku tak layan sepenuhnya. Tidur tetap tidur. Kalau terjaga , layanlah. Nak lepak tunggu game tu, tidaklah. Bini takda woii ! Sapa nak urus rumah. Mau kebuluran budak budak tu nanti. Kita layan mana termampu je la... kan kan ? 





 

You May Also Like

0 comments