Sesekali langgar pantang larang !

by - Jumaat, November 11, 2016

 

Huhu.. secara jujurnya, memang aku kuat semangat nak elakkan diri dari makan makanan yang tak patut aku makan diketika ini. Maklumlah , memang aku berusaha untuk turunkan berat badan hingga ke 85kg. Sekarang ni , 94kg wooo.. Walaupun tak nampak gemuk tapi lemak masih bersepah di sana sini. Kena kerja keras gitu !

Tapi bila sesekali lidah teringin nak makan sesuatu yang sedap.. apa salahnya belanja lidah , kan ? Heeee.. Alasan baik punyaa ! Selepas membeli baju untuk wife di Amir Kadir , terus ke Don’s Diner yang terletak dibawah butik Amir Kadir. Saja nak try makan sini..

Baru masuk ke dalam restoran tu , terus aku di sapa salah seorang staff di situ.. “ Hi Abg Ben. Silalah.. “.

Alamak.. kenallah pulak.. huhuh.. Segan aku. Terus aku tanya satu soalan..

“ Debit terima tak ? “. Maklumlah , ada yang tak amik debit disebabkan isu isu tertentu. Dijawabnya terima terus aku masuk dan duduk bersama Zahra. Wife dan Qhaliff masih berada di butik Nora Danish.

Aku diberi buku menu. Huhhu.. Makanan moden. Ok gak. Malas nak makan nasi gitu. Tapi nak makan apa eh ? Terpandang di dalam buku menu tu ada INSTAGRAM rasmi, Dons.Diner . Terus aku bukak dan tengok apa yang dicadangkan oleh mereka yang pernah ke sana..

image

image

Ok.. aku tahu nak order apa ! Heee.. Terus aku panggil staff dan order. Heeee…

Burger ! Hahahaha.. Lama tak makan wehhhh !

image

image

Dan wife.. pasta ! Dua dua pilihan yang cukup tepat ! Sedap ok ! Sedappp ! Nasib baik sedap sebab aku dah gandakan kalori yang aku dah bakar pagi tadi ! Hahahaha..

image

Serius.. sedap pasta ni. Ada rasa kari skit.. Pedas skit.. Macam macam la rasa dia. Rasa nak tapau pun ada ! Hahahaha.. Tapi cukup cukup la kan.. Bulan depan lak datang makan..

Dan penutupnya..

image

Arghhh.. nasib baik laaa aku dah ‘taubat’ dari makan makanan gini.. Kalau tidakkkk ! Sedap woooooo..

Harga ? Standard restoran cam kat shopping mall gitu jer. Sesekali , apa salahnya kan ? Balik rumah , g gym laa.. 4 jam kat gym ! Hahahaha.. Kononnya.. padahal , tidur ! Penat woooo.. penat !

You May Also Like

0 comments