Buffet Ramadan “ Sajian Nostalgia “ di Seri Pacific Hotel Kuala Lumpur
Cam best je ? Cam best je ?? Best ke ?? Kena test dulu baru tau best ke tak kan ? Tapi berdasarkan pengalaman aku tahun lepas, Buffet Ramadan di Hotel Seri Pacific Kuala Lumpur tidak akan mengecewakan. Dengan keselesaan tempat makan serta lokasi surau yang berdekatan , pastinya berbuka puasa di sini akan memuaskan hati korang..
Satu lagi kelebihan ialah , pengangkutan awam ! Fuhh.. Naik lrt jer ! Senang sangat.. Pastu , leh terus g shopping kat Sunway Mall yang bersebelahan dengan Seri Pacific Hotel.
Ok.. part makanan.. Fuhhh.. Mula mula lagi aku dah terliur tengok sup gearbox yang dimakan oleh blogger Sohoque.. fuhhhhhhh…
Tak tahan tengok.. aku gi amik jugak ! Dan… terus teringat wife di rumah ! Ni kalau dia ada ikut sekali ni , confirm dia akan suka. Memang tahun lepas , dia berpuashati berbuka di sini.. Aku pon ! Tu sebabnya , aku rela datang ke preview Ramadan semalam.. Walaupun rumah aku nun di Sepang sana ! Jauh kottt..
Sebelum tu , aku test burger dia. Kalau burder sedap , memang kali ni punya buffet Ramadan di sini , tip top ! Besar tu size dia ! Memang puas laa.. Daging dan rotinya , lembut kooo ! Rasa macam nak makan burger je ..lagi dan lagi ! Tapi yang lain pon sedap !
Antara juadah yang bakal disajikan di sini ialah makanan tradisional seperti Bubur Lambuk , Lemang dan Ketupat , Serunding Daging Ayam , Rendang Ayam , Nasi Kandar , dan banyak lagi..
Selain tu ada Kambing Golek , Gulai Daging Campur Umbut Kelapa , Satay Ayam dan Daging , Dim Sum , Mee Rebus , Laksa Johor , Wantan , Mee Udang , Roti Jala , Murtabak Ayam , Rojak Singapore , Pasembor , Shawarma , Babaganoush , Hummus , Chicken Mandy Tandoori Style , Kari Kepala Ikan , Kambing Panggang , Ayam Golek Percik dan…..
Manakala untuk dessert ada Pengat Ubi , Bubur Kacang Merah , Pulut Hitam , Pengat Pisang dan banyak lagi.. Air ? Hehehe.. Air dia memang sedap belaka laaa.. Ada Air Kelapa , Sirap Selasih , Air Kurma , Air Kiwi dan macam macam lagi..
Oh yaaa.. ada persembahan Ghazal untuk mereka yang sedang menjamu selera ! Hehehe.. Maka , sila makan dengan tenang yer.. Tak perlu berebut.. Ada banyak wooo…
Harga ? Ok.. Ada pilihan.. Samada nak makan di Pacific Ballroom atau Zende Retaurant. Harga lain lain yer.. hehehe..
Pacifit Ballroom :
Tarikh : 6 Jun 2016 – 5 Julai 2016
Harga : RM98 nett ( Dewasa ) dan RM49 nett ( Kanak Kanak )
Zende Restaurant :
Tarikh : 8 Jun 2016 – 4 Julai 2016
Harga : RM128 nett ( Dewasa ) dan RM64 ( Kanak Kanak )
19 comments
Terbaik. Recommended!! Makanan semuanya sedap. Moga prestasi yg baik ini dikekalkan. Rezeki sgt dpt join last minute. Hehe..
BalasPadamPergh...ada serawa durian...sedapnyer..
BalasPadamWow! Menarik ni..
BalasPadamTerliuq tgk sup gear box!!! Mesti sedappp... Tapi surau kat basement dan sempit. Semoga Hotel Seri Pacific boleh perbaiki nanti.
BalasPadamSup gear box best, burger best.. huh lumayan berbuka di sana. Kalau kebetulan aku ke pwtc ramadhan nanti memang singgah cuba..
BalasPadamaummm... sedapnya... pagi pagi dah terasa lapar..
BalasPadamburger tu sedap gile... pulut durian pun sedap...
BalasPadamwow sup gear box menarik perhatian
BalasPadamni mmg kena dengan bukka puasa x tahan smyg sedut sedut tu... wulawak.. tgk pon nampak nyum2...
BalasPadammenu lazat lagi menyelerakan! Perghhh ...banyak yang saya suka ada kat sini :)
BalasPadamsedap ja nampak sup gearbox y abg sohoq hirup tu;)
BalasPadamkalau berbuka puasa dengan gear boz tu, memang tak pandang menu lain dah..
BalasPadamapa bezanya kat ballrom dan kat zende ... kenapa harga tak sama..
BalasPadamdari segi makanan ke ?
Mak ai besarnya bergerr...
peh... dah la orang memang tengah puasa ganti ni... tetiba je keluar lagu... "bila tiba hari raya...semua insan bergembira... tetapi bagiku hanya kesedihan yang menyelubungi hidup"... ceh!
BalasPadamkenapa nampak sedap sup gearbox tuu....??? nangissss
BalasPadamRecommended!.. memang sangat puas hati dengan sajian yg disediakan.. sedapp tambahan ada serawa durian... nyum nyum..
BalasPadamSemua menu nampak sedap dan menyelerakannn..
BalasPadamYa Allah abam sohoqu.....!!! Gilak ahhh...!!! Teruja I tgk... hehehe
BalasPadamNew Entri PROMOSI HARGA RUNTUH SHAWL Exclusive by Papaglamz
Wahh sup tu hisap ngan straw gitu. Semua nampak sedap!
BalasPadam