Jangan lepaskan TRANSFORMERS di One Utama !

by - Jumaat, Mei 27, 2016

 

Cuti sekolah minggu depan , kan ? Tak tau nak bercuti ke mana atau korang adalah peminat Transformers , cam aku ni ? Heheheeh.. Apa kata kita serbu ke One Utama sebab bermula 25hb Mei hingga 5hb Jun 2016 , TRANSFOMERS akan berada di sana dan pelbagai aktiviti akan diadakan !

HA95371_TF_AtriumEvent_1205

Selain dari dapat tengok live di depan mata ( confirm bapak budak budak yang lebih teruja berbanding anak ! ) , korang berpeluang membeli barangan ekslusif dan terhad dan anak anak boleh sertai aktiviti yang disediakan di sana nanti.

image

Dengan pembelian minimun RM120 ( dalam dua resit ) , anak korang yang berusia 8-12 tahun boleh join pertandingan Fastest Fingers Challenge yang mana jika berjaya , anak korang akan dapat Generations Combiner Leader yang bernilai RM249.90.

Jika anda ahli One Card dan sampai ke sana awal , anak korang boleh join aktiviti tanpa sebarang pembelian ! Haaa.. ruginyaa sapa tak jadi ahli.. aku la tuu ! Huhhh..

Untuk keterangan lebih lanjut , sila ke Hasbro Transformers’ Facebook page.

Aku tergugat.. Hari ni gak nak gi ngan Qhaliff !

You May Also Like

2 comments