Hotel Perdana Kota Bharu , Kelantan
Lama dah teringin nak menginap di sini tapi takda alasan kukuh lagi. Maklumlah , umah mak mertua dekat jer.. Hahahaa.. Akhirnya , ada alasan jugak. Aku ke Kelantan kali ni ada misi.. Heee.. Ada kerja la maksudnya dan semua yang terlibat , menginap di hotel Perdana ni..
Seawal sampai sini , aku rasakan aku akan hadapi masalah parking. Tapi rupa-rupanya tidak ! Mudah nak parking sangat. Dan keselamatan pun terjamin sebab ada pengawal yang bertugas 24 jam.
Nampak gah dan ekslusif dari luar.. Berapa harga semalam di sini ?? Ada yang tanya.. Nasib baik aku dah tanya awal awal.. Tapi baik korang tanya sendiri.. Kot la dapat lagi murah.. Hahahaha..
Kita sering dikhabarkan yang Kelantan ni mundur. Kalau nak datang bercuti sini , pastinya sukar nak dapat hotel yang bertarah 5 bintang atau seangkatan dengannya.. kan kan ? Kalau ada tanggapan begitu , sila buang jauh jauh ! Banyak hotel yang bagus bagus di Kelantan ni dan Hotel Perdana adalah sering mendapat perhatian..
5 bintang kooo …
Dan bila aku masuk ke dalam.. Fuh… terasa macam gi bercuti di luar negara ! Haahahhaa… Kenapa lak ? Kagum aku dengna deco yang menarik…kemas.. tersusun gitu ! Staff pulak sering beri kerjasama. Takde la nak buat muka masam gituu.. Senyum memanjang..
Ok.. ada gym dan kolam renang ! Sempurna sudah hari aku di sini. Hahahaha.. Tapi best ke gym ? Biasanya , gym di hotel ni ..krik krikkkk.. Barang banyak rosak ! Sini camana lak ? Kolam renang ?? Hurmm..
Ok.. tak pe.. apa apa , check in dulu.. Nak tengok bilik dia camana.. Apakah gah di dalam gambar je ? Main angle supaya nampak besar ? Hurmm..
Dan aku tiba di bilik.. Pintu di buka.. Qhaliff yang demam, terus lari dapatkan katil..
“ Bestnyaaa…Cantik laaa buu.. “
Patutlah ramai kata mereka berpuashati bila menginap di sini. Besar biliknya.. memang puashati ! Tandas lak camana ? Hurmm.. Aku g check dan.. tersenyum..
Puashati ! Ok.. mandi dulu.. Solat.. Pas maghrib , turun g gym.. Sebelum tu , order makanan.. guna room service. Nak tengok service ok ke tak.. Makanan sedap ke tak .. hehehee…
Dan makanan sampai sebelum aku sempat keluar gi gym.. hahaha.. Terpaksa la makan dulu.. Sedap ! Menyelerakan..
Gym lak.. dan kolam renang..
Lulus ! Hahahaa.. memang syiok gym ni.. Bagi mereka yang dah terlebih makan ketika merayau di bandar Kota Bharu , maka sila bakar lemak anda tu , di sini ! Hehehehe..
Settle workout , naik atas.. Balik bilik untuk siapkan kerja tertunggak. Banyak wooo tapi masih belum melepasi dateline.. Tanggungjawab, tetap kena buat..
FREE WIFI ! Terbaikk.. Unlimited users gituu ! Hehehehe.. Cayalah Perdana Hotel. Hidup jangan kedekut , kan.. Hehehe.. Streaming movie pon laju tapi aku tak sempat tengok pon.. Buat kerja dan tidur ! Terlalu penat..
Lepas subuh.. aku turun bawak dengan Qhaliff.. Saja nak amik gambar hotel dan bersarapan awal awal.. kang ramai orang , payah nak amik gambar makanan.. heheee..
Call wife.. suruh turun dengan Zahra. Bawak kupon breakfast sekali.. Tak saba nak tengok makanan yang dihidangkan untuk para pelanggan Hotel Perdana ni..
Banyak juadah tapi aku lom ada selera nak makan.. Masih penat agaknya ? Huhuhu.. tapi dalam kepala , nak gi gym.. hehehehe..
Selesai makan.. naik atas.. Tidurkan balik Qhaliff dan Zahra.. Rancangan aku selepas ni.. Heheheeh.. Nak gi Aeon Kota Bharu yang baru dibuka. Tak jauh pon dari hotel ni. Hotel ni berhampiran dengan pusat bandar. Senang nak bergerak dari sini.. hehehe.. Tu antara kelebihan hotel ni la..
2 malam di sini… Malam pertama , berakhir dengan kepuasan ! Lena tidur. Alhamdulillah..
Sebarang persoalan dan pertanyaan ,sila ke Facebook Hotel Perdana Kota Bharu .. heheehe…
Terima kasih !
14 comments
wahhh menarik.. boleh cuba hotel ini kalu gi Kelantan.. Tq Sharing Abg Ben
BalasPadamcantik hotel...confirm nak nginap sini kalau g kelantan...
BalasPadamMalam pertama berakhir dengan kepuasan? Hmmmm...
BalasPadamalahaiiii ... lawaaa nyeee ....
BalasPadamtak pernah jejak kaki ke Kelantan lagii ..
sobsob
Menarik tq abg ben sharing review...mana tahu ke Kelantan...boleh la tuju ke sini..
BalasPadamCantiknya hotel! Happy benar Qhaliff ye hehe
BalasPadampernah duduk hotel ni. Memang best dan exclusive.
BalasPadambestnya...
BalasPadamSalam. Hotel Perdana ni memang legend. Hotel 5 bintang yang paling lama di Kelantan tapi dia sentiasa naiktaraf supaya sentiasa ikut peredaran zaman. Tak nampak macam hotel lama. Terbaik.
BalasPadamlama jugak hotel ni kan. ke ni management baru?
BalasPadammenarik dan kemas sangat dan hotel ni lengkap dgn gym dan swiiming poll. ini best ni bawa anak-anak berendam.
BalasPadampernah menginap di sini sewaktu job promosi hotel ni dulu.. mmg tersangat mantop. staff pun mesra dan baik. lawa-lawa jugak. hehehe.
BalasPadampergh.. lawa nya.. teringin la pergi kelantan
BalasPadamdalam malaysia, saya lom pernah sampai terenganu dengan kelantan..bila baca review pasal hotel ni, ish, kalau sampai kelantan 1 hari nanti, bolehlah checkin dekat sini. hehehhe
BalasPadam