ETHNIQ COUTURE , suatu kelainan !
Hari ni aku ada satu misi.. Aku adalah peminat fesyen sebenarnya. Masa kecik dulu , aku bercita cita nak jadi pereka fesyen atau fashion designer. Tapi tak tercapai cita cita tu lagi.. ehehehe..
Misi aku.. nak tengok satu rekaan yang berbeza dari sebelum ni.. berbeza dari pandangan mata hitam aku ni ! Haaa.. Sebabnya , aku dimaklumkan oleh pemiliknya , rekaan mereka adalah unik !
Uik.. unik ?
Hurmmm..
Ok.. Jomm ke PWTC ! Kat Sana ada Pameran Perdagangan Fesyen Muslimah Antarabangsa yang baru je bermula..
Aku tak berminat dengan booth lain.. Hanya terus ke Ethniq Couture !
Sampai je situ , aku ternampak pemiliknya.. Encik Zaha Izrin Zahari dan rakannya , Encik Ricky… dan terkagum aku sekejap dengan pakaian diorang ! Giler santai punya ! Gempak ! Ni kalau aku pakai , confirm cool ni !!
Tengok kasut yang dikenakan dengan pakaian diorang.. Biasanya, mesti nak pakai dengan capal atau sandal.. Tapi diorang selamba je ngan kasut..
Kemudian aku dibawa pusing boothnya dan diterangkan sedikit latar belakang perniagaaanya.. Hurmm.. Aku dimaklumkan mengenai bisnis fesyen yang baru diceburinya itu tetapi , sudah lama pada isterinya yang juga rakyat Indonesia.. seorang peniaga yang sudah sukses di negaranya..
Isterinya , mengayakan salah satu fesyen yang sedang dijual di boothnya ! Gempak kan ? Hahahaa..
Aku diberi pamplet.. Dan.. kagum sekali lagi !
Mereka sedang dalam proses mengenalpasti tempat yang sesuai untuk dijadikan pusat penjualan produk mereka.. Tapi di Indonesia , ada dah..
Buat masa sekarang , mereka ada di PWTC.. Tingkat 1 !
Melihat dari pakaian yang digantung tu , aku tertanya.. camana rupanya bila digayakan nanti ???
Di Instagram mereka , ETHNIQCOUTURE ada jawapannya ! Di booth ni ada dua jenis jenama dijual. Untuk lelaki , SALA dan perempuan ETHNIQ COUTURE.
Hurmm..
Unik sangat ! Dan untuk lelaki lak..
Menarik ? Nak solat pon senang.. Yang bagusnya , kain dia tu ! Memang takde masalah dengan negara kita yang panas ni.. Kalau kain cotton yang biasa buat baju melayu tu , fuhhh.. nak bawak gi main bowling pon , mesti pikir 2-3 kali.. Berpeluh , confirm masalah !
Ok , ok.. Korang g tengok sendiri kat PWTC.. Ada sehingga Ahad ni jer.. Yakni , 8hb Mei. Sementara ada stok dan potongan harga.. hehehe..
Sebarang pertanyaan , sila hubungi ZAHA ( +019 242 7888 ) dan RICKY ( +628 1112273244 ). Instagram , ETHNIQCOUTURE.
Sila serbu.. aku nak g semula Ahad ni.. InshaAllah…….
6 comments
Wah memang unik dan menarik..suka sangat!
BalasPadamBanyak pakaian menarik dan memuaskan, sesuai dengan nama Pameran Perdagangan Fesyen Muslimat Antarabngsa.
BalasPadamsinggah sini kejap ye . jom singgah blog shahril pulak . :)
BalasPadambaju lelaki tu mmg dh lama cari.
BalasPadampnah terjumpa kr IG tapi x hingat sr mana,
mmg smart patern baju untk laki tu.
boleh pkai untuk kasual dan pergi majlis
wahhh.. cooll je style baju tuk wanita. Lain dari sini yang kebanyakan jubah mcm tu je... hehehe boleh try ushar la kalau pi PWTC. menarik designnya
BalasPadamUnik..lain dari lain pakaian dia..baju laki tu memang cantik..
BalasPadam