Jangan pinggirkan anak ke dua !

by - Isnin, Mei 23, 2016

 

image

Abang.. Qhaliff nak mainan tu.. “.

Hurm.. Aku suruh wife gi pilihkan jer. Kalau aku gi , confirm amik mahal punya ! Aku ngan Qhaliff ni , malas berkira sangat. Bagi aku , rezeki sejak dia lahir , memang murah sangat. Sebab tu aku tak nak berkira dengan dia..

Kemudian Zahra yang dalam troli , meronta nak turun ! Dia nak gak ikut mak dia .. Aku turunkan dia dan perhatikan jer.. Beria Zahra memilih.. tapi…

Hurm.. Wife kembali dengan Zahra menangis dan Qhaliff keriangan ! Dan aku bertanya pada wife..

Zahra punya mana ? Beli kat Qhaliff jer ? Jangan gitu. Beli sekali untuk dia . Terasa abang kalau buat gini.. “.

Yer.. aku anak kedua ! Aku dah rasa perasaan Zahra walaupun dia tak reti nak luahkan ! Zahra cuma dapat ‘saki baki ‘ abang dia jer ! Ini tak adil bagi aku..

Membazir ? Tak per la.. Aku nak adil.. Kalau si abang dapat , adik pon nak kena ada gak ! Tak semestinya sama pon.. Diorang ni , asal dapat jer .. dah memadai !

image

Aku dapat rasakan yang Zahra ni memiliki ciri ciri aku. Maka aku perlu jaga dia dengan betul betul sebab dia ni aku rasa.. jenis simpan dalam punya ! Bahaya wooo ! Kalau lelaki , ok lagi.. Ni perempuan. Sekali memberontak.. haaa !

Sememangnya dia manja dengan aku. Bila dia perasan abang dia lebih skit dengan aku , dia akan cepat cepat tarik perhatian aku untuk aku tumpukan pada dia.. Hurmm..

You May Also Like

11 comments

  1. kannn.. kita yg selalu dengan anak2 lebih tau perasaan tu..

    BalasPadam
  2. Sikit sama sikit...banyak kongsi...moga abg ben teruskan sikap mahu adil itu hingga anak anak dewasa dan berumahtangga kelak..pegang satu...setiap anak tak kiralah anak kandung atau anak menantu..ada lebih dan kurang masing masing...ada buku takdir tersendiri...tidak usah dibanding..jangan dipertikai..terima seadanya..in sha Allah semua happy..

    BalasPadam
  3. kena adil dengan anak2. peringatan untuk diri sendiri juga

    BalasPadam
  4. yup..sama..saya pun anak no 2..selalu rasa perasaan tu..sekarang, anak no 2 saya pun perempuan. kalau beli mainan dekat abang dia, kena belikan dia sekali. janji dua2 dapat. :)

    BalasPadam
  5. terbalik pulak ngan saya. anak kedua yg dilebihkan.rasanya sbb ibu akan lebih manjakan ank lelaki berbanding yg pompuan kot

    BalasPadam
  6. Saya ada 3 anak. Alhamdulillah masih boleh berlaku adil kepada ketiga-tiga mereka. That Y dia orang sayang kepada ayah dia orang berbanding ibu dia orang. Hihihi...

    BalasPadam
  7. yup betul..beli untuk dua-dua sekli

    BalasPadam