Nak bawak siapa ? Qhaliff atau Zahra ?
Jam 5.30 petang. Aku dah standby di parking. Jemput wife dan balik rumah mak aku. Projeknya , lepas maghrib terus ke Seri Pacific Hotel ! Saja nak bawak wife dan anak anak melepak kat sini sambil makan.. Heehe.. Berehat setelah seminggu penat bekerja !
Tapi satu persoalan muncul .. Aku tak boleh bawak dua dua selepas apa yang berlaku pada aku dan wife di Hotel Perdana Kota Bharu baru baru ni ! Food review yang tak sempat aku nak menikmati juadah kerana terpaksa layan diorang !
Aku kena bawak salah seorang jer ! Persoalannya , siapa yang lebih layak ikut dan pastinya dipilih berdasarkan mudah di kawal di sana nanti !
Akhirnya.. pilihan dibuat !
Tapi sayangnya… pilihan yang dibuat , 50-50 tepat ! Dia memang mudah dikawal tapi tak enjoy makan makanan di sana ! Kalau bawak Zahra , dia kaki makan ! Mesti dia akan rajin makan dan layan persembahan berbanding Qhaliff !
Namun , kehadiran Qhaliff tu pon ada bagusnya gak.. Kitorang dapat makan dengan tenangnya tanpa perlu ada adegan kejar mengejar di lokasi tersebut !
Lain kali bawa Zahra lak ??? Hurm… kena pikir betul betul tuu…
5 comments
Qhaliff termenung ingat adik ya..hehe...
BalasPadamAlolollooooo sian....
BalasPadamHmmm...tak lama lagi Ben kena pilih antara 3 plak :-)
BalasPadammaunya tak semput dok mengejar anak yg aktif huhu
BalasPadam2pilihan je.
BalasPadam1. bwk semua include wife
2. semua xyah ikut hehehe