Menyimpan dari sekarang dengan SSPN-i Plus !

by - Isnin, Mei 09, 2016

 

Isu mereka yang meminjam duit untuk sambung belajar dan tidak berkemampuan membayar semula , menakutkan aku ! Aku bersyukur kerana punya ayah dan ibu , bertungkus lumus membayar segala perbelanjaan pelajaran aku secara  tunai. Tapi mengenangkan cara mereka mendapatkan wang itu , menginsafkan aku.

Lalu aku berpesan pada isteri aku.. Kita perlu ada tabung pembelajaran untuk anak anak kita. Kita tak tau masa depan kita apatah lagi anak anak kita. Sebaiknya , kita mula sediakan payung dari sekarang..

Yer , wife aku buka akaun simpanan di SSPN-i (Skim Simpanan Pendidikan Negara ) khas untuk Qhaliff dan Zahra.

image

Dan baru baru ni , mesej kat wife..

Sayang , tutup akaun SSPN-i anak anak kita tu.. Kita bukak akaun SSPN-i Plus ! Lagi bagus pulangan dia.. Silap silap , kita leh dapat kereta free gituu .. “.

Nak pancing orang perempuan ni , mudah jer.. Bagitau je boleh menang hadiah , confirm dia rajin buat kerja.. Hahahaha.. kan kan ?

“ Yeke bang ? Nanti kita tengok kelebihan dia.. “ .

Yer… orang perempuan ni , dia bab duit.. memang power ! Maka aku serahkan pada dia untuk buat penilaian walhal , ketika tu aku berada di bangunan PTPTN ( Perbadanan Tabung Pengajian Tinggi Nasional ).

Aku di bangunan PTPTN untuk hadiri pelancaran satu lagi tabung simpanan di bawah kelolaan PTPTN yang diberi jaminan oleh kerajaan serta memberi pulangan yang berbaloi pada penyimpan, SSPN-i Plus !

“SSPN-i PLUS PILIHAN TERBAIK SIMPANAN PENDIDIKAN

UNTUK MASYARAKAT MALAYSIA“

Majlis dimulakan dengan ucapan aluan dari Pengerusi PTPTN , YB Dato’ Shamsul Anuar Bin Haji Nasarah disusuli ucapan perasmian oleh wakil Menteri Pendidikan Tinggi , YB Datuk Mary Yap Kain Ching , selaku Timbalan Menteri Pendidikan Pengajian Tinggi seterusnya merasmikan majlis pelancaran Pakej Baharu SSPN-i Plus , Ejen Online Dan Penyampaian Hadiah Cabutan.

image

image

image

Kemudian , part ni buat aku tergoda ! Hahahaha.. Penyampaian Hadiah Cabutan ! Fuhhhhh.. dasat dasat ! Memang bertuah sungguh laa mereka yang menang kereta tu.. dapat tablet pon ok dah ! Huhuh..

Antara yang bertuah akan memenangi kereta BMW , Honda HRV , motor dan macam macam lagi..

image

image

image

image

image

Gempak ? Heheeh.. Terus terang , aku tergoda skit jer.. Tapi yang buat aku tergoda lebih ialah.. hehehe.. keistimewaan SSPN-i Plus.

Apakah Keistimewaan SSPN-i Plus ?

image

Pelan Simpanan ( Bulanan )

image

image

Sila download brosure SSPN-i Plus di SINI.

Ok.. ni part jika korang nak buat kerja separuh masa atau sepenuh masa ! Haaa.. Ni la peluangnya ! Takde modal gituuu.. Jadi Ejen Online PTPTN !

 

Apa itu Ejen Online PTPTN ?

  • Ejen Online PTPTN adalah ejen berdaftar dengan PTPTN yang memasarkan SSPN-i Plus secara online atau secara bersemuka (EPO sahaja) dan layak diberi komisen pada kadar ditetapkan bagi setiap transaksi pembukaan akaun baharu SSPN-i Plus dan penambahan deposit yang berjaya (EPO sahaja).
  • Pendaftaran Ejen Online PTPTN terbuka kepada warganegara Malaysia yang berumur 18 tahun ke atas.
  • Penyertaan adalah PERCUMA.

Kelebihan Ejen Online PTPTN

  1. Komisen Lumayan

  2. Pendapatan Tanpa Had dan Berterusan

  3. Tanpa Modal Perniagaan

  4. Waktu Kerja Fleksibel

  5. Mudah

  6. Latihan/ Bimbingan Diberikan

  7. Sokongan Pemasaran Berterusan

  8. Pasaran Luas Tanpa Sempadan

  9. Tidak Melibatkan Transaksi Tunai

  10. Menggalakkan Masyarakat Menabung

  11. Produk Patuh Syariah

  12. Jenama Yang Dipercayai

Dua (2) Kategori Ejen Online PTPTN

  1. Rakan Niaga Affiliate (RNA) adalah Ejen Online PTPTN yang memasarkan produk SSPN-i Plus secara online sahaja.
  2. Ejen Pemasaran Online (EPO) ialah ejen yang dinaiktaraf dari RNA setelah menghadiri kursus yang dianjurkan oleh PTPTN. EPO akan memasarkan produk SSPN-i Plus secara online dan bersemuka.

image

Ni part best ni.. Hehehee..

Cabutan Wow! SSPN-i Plus

image

image

Amacam ? Aku nak bertukar.. Hehehe.. Korang ? Jangan tunggu lagi.. Sebarang pertanyaan , sila ke http://www.ptptn.gov.my/

You May Also Like

6 comments

  1. Persediaan untuk pendidikan anak-anak masa akan datang...alhamdulillah..

    BalasPadam
  2. Saya pun dah jadi ejen pemasaran online sspn-i plus yang sah. Buka akaun pundah. SSPN-i Plus memang baguihh.


    Boleh daftar dan buka akaun secara online di link ini:

    https://sspniplusonline.ptptn.gov.my/sspniplusonline/?id=000001024

    BalasPadam
  3. untung sekarang, time yanie xda pun.. bagus untuk ibubapa planning pendidikan utk anak2.

    BalasPadam
  4. nak buat untuk fariza lepas tau banyak kelebihan dia

    BalasPadam