Apa dah jadi di Central Spine Road, Kelantan sehari sebelum Aidilfitri ?
Central Spine Road adalah hasil dari projek mega Perancangan Pembangunan Ekonomi Wilayah Timur atau ECER. Skop kerja adalah membina jalan baru dan menaik taraf jalan sedia ada sepanjang 390 km dari Kuala Kerai , Kelantan ke Simpang Pelangai , Pahang. Projek ini dibahagikan kepada enam pakej rekabentuk seperti yang tertera di dalam gambar di bawah.
Sebahagian dari Central Spine Road ni dibuka pada tahun 2016 , menghubungkan Bentong - Kuala Kerai.
Menarik kan ? Terima kasih pada kerajaan kerana membina lebuh raya ni. Aku melaluinya buat pertama kali pada Aidilfitri ke dua untuk pulang beraya ke Kelantan. Laluan jadi singkat berbanding jika aku ikut jalan lama dan lebuh raya ni , selesa la buat aku.. Lancar jer ketika aku melaluinya.
Tapi jalan ceritanya lain ketika sehari sebelum raya ! Rata rata pengguna media sosial tau , sehari sebelum raya , banyak lebuh raya jammed , kan ? Haaa.. termasuk laaa Central Spine ni ! Aku tau pun selepas seorang rakan Facebook aku , Nurul mengupload gambar dia di sana , petang tu. Fuhhh , nak rebah jantung aku tengok weh !.
Kawan aku ni update dia di Central Spine ni dari jam 12 tengahari lagi.. huhuhu.. Gambar di atas dah menunjukkan jam 2 petang. Tinggal beberapa jam lagi nak buka puasa ! Ahaaaa.. Kalau dah masuk waktu berbuka , nak berbuka kat mana ? Dalam kereta la jawabnya kan ? Tak pee.. berbuka je kat mana mana.. Tak da sapa nak marah aih...
TAPI YANG AKU AMAT KECEWA IALAH.. ketika aku melalui lebuh raya ni, permandangan di bahu jalan amat amat mendukacitakan sama sekali ! Hurmm.. ini ke balasan kita setelah 'dihadiahkan' lebuh raya yang selesa buat kita ???
Aku tak percaya pada awalnya ini adalah perbuatan pengguna lebuhraya ! Aku ingatkan ada lori sampah terbalik kat sini !!
Aku berhenti tepi jalan dan ambil gambar semua ni. Jangan kata lak ' apasal aku tak tolong bersihkan dari tengok je dan amik gambar ! Gile viral ke apa ?' !!! Haaa.. agak agak la nak kata gitu yer ! Bukan sekangkang kera yer kekotoran yang dihasilkan oleh insan insan yang bijaksana ini tau ! Haaa..
" Memang patut highway dikenakan tol.. kalau takda , sapa nak selenggara lebuhraya ? Kos nak selenggara bukan murah pon ! Sapa nak tanggung ? ". Bisik hati kecil aku. Terpaksa aku terima.. Kalau free , mereka meraikannya dengan cara begini. Bila kena bayar , tau pulak nak jaga yer ?
Menurut rakan Facebook aku tu , dia sendiri melihat 'perangai' pengguna..
" Haa ini yg aku tgk aritu.. yg dok dlm kete pun main campak je tin minuman..plastik2.. BOLE KOTOR KE KERETA KORG KALAU KUMPUL DULU SAMPAH DALAM KERETA? Aku g mana2..siap sedia plastik byk2 tuk buang sampah tau ! "
Secara jujurnya aku malu melihat keadaan ini. Ada kawan komen di Facebook aku ketika aku up status ni.. Lebih kurang katanya gini laa.. " Ini pun nak bising ! " Komennya dah didelete. Aku tergaru kepala.. Dia suka kot tengok keadaan gini ? Dia ingat kekotoran gini , digalakkan dalam agama ? Apakah dia tak sedar , negara kita ni diancam dek pelbagai jenis penyakit merbahaya yang terhasil dari kekotoran yang 'dicipta' oleh kita sendiri ? Haihhhh..
Moga 'perangai' begini tidak berterusan. Hargailah alam sekitar. Aku tak nak tidur atas timbunan sampah sarap ! Cuba ingat kembali ketika negara kita 'diserang dek jerebu' ! Apa perasaan kita ? Camana kita nak hidup ? Dan jika sampah sarap ini tidak dikutip.. bayangkan tiap kali kita pulang ke kampung , kita melalui jalan raya yang berbau busuk berpunca dari sampah sampah yang tidak dikutip !
7 comments
Wah pembukaan highway ni jadi takde jammed di kawasan Bentong - Raub - Sg. Koyan.
BalasPadamYa saya setuju kenapa ada lebuhraya mesti dibayar tol. Untuk maintenance kasi cantik jalan2 tu.
Sediakan tong sampah dan plastik sampah dalam kereta dah jadi kelaziman hidup keluarga kami sejak kecil. Ni pun satu sikap nak kena tanam sejak anak2 masih kecil. Kalau orang dewasa tak boleh tunjuk akhlak baik..susah juga.
Mentaliti rakyat Malaysia. kat rumah sendiri je depa nak lihat bersih dan kemas, kat luar atau di tempat awam, depa peduli apa! mentaliti kelas ke 8.
BalasPadam#Jangan kecam saya, tapi kalau nak kecam pu, Aku peduli apa, memang betul pun.
betul tu
PadamSelagi tak kena saman, camtulah perangai dorang ni.. cuba kalau kena saman...tentu sanggup je bawak sampah tu dalam kereta
BalasPadamcuba bayangkan sumah sendiri begitu, sanggupkah kita tengok.
BalasPadamSedihlah tengok sikap orang camni. Moga kita tak tergolong di antara mereka.
BalasPadamMentaliti.. Hmm..
BalasPadamapalah salahnya kalau sediakan plastik dalam kereta dan buang bila sampai tempat dituju tu.. Kesian kat environment bila kotor mcmni..