Teringin berbuka puasa dengan masakan kampung sejati ? Jom ke Kuala Lumpur International Hotel !
Mereka yang bekerja di bandaraya Kuala Lumpur , pastinya tau betapa sesaknya jalan raya setiap petang di bulan Ramadan ni... boleh dikatakan setiap tahun laaa ! Nak balik rumah berbuka , kena cabut awal petang lagi.. Kejar masa ! Kalau lewat skit jer , dah kena berbuka dalam kereta atau beli je kat bazaar Ramadan.
Tapi bagi mereka yang dah tau.. dah masak dengan keadaan ni , pastinya dah buat perancangan terlebih awal.. mencari tempat tempat berbuka puasa yang menarik sekitar bandaraya Kuala Lumpur atau bandar bandar terdekat. Dan antara yang senantiasa mendapat perhatian ialah Kuala Lumpur International Hotel. Lokasi yang cukup strategik.. dan paling penting ialah menu-menunya yang memang mampu membuatkan air liur meleleh gituuuu ! Hahahaha..
Antara sebab Kuala Lumpur International Hotel menjadi pilihan kaki buffet Ramadan ialah koleksi kerabu kerabunya yang dikatakan paling banyak dihidangkan dan amat menyelerakan. Disusuli dengan solat Terawikh yang mana imam bertauliah ! Maknanya takda la terkejar kejar masa gitu.. Boleh makan dengan tenang laa kan ?
Antara kerabu yang dihidangkan di buffet Ramadan Kuala Lumpur International Hotel ialah kerabu mangga , sotong , daging salai , rebung , surimi , pucuk gajus, limau barli, nangka muda , pucuk paku , obor-obor dan banyak lagi. Selain kerabu yang menjadi daya penarik ,
15 jenis aneka sambal pastinya menjadi pembuka selera yang cukup melazatkan. Antara sambal tersebut ialah dabu manado , sambal ijo , berembang asem , udang geragau yang garing dan pedas , udang kering nyonya , lonteh , sambal hitam Pahang , cencaluk , tempoyak , budu dan belacan yang mana sedap dicicah bersama pelbagai ulam ulaman yang segar !
Amacam ? Terbuka dah selera ? Rilekss... ada lagi ! Hidangan utamanya !! Haaa.. Tak sah makan masakan kampung tanpa nasi panas kan ? Heheheh.. Tapi apakah lauk pauk yang ada di sana ?? Heeee... Kari kepala ikan ! Tak suka ? Ok.. ada ketam kari ala bonda , sotong tumis jintan , siput sedut lemak keledek , daging kurma utara , gulai ikan tongkol , daging salai masak lemak , gulai nenas ikan masin, ikan kembung serta ikan pari panggang dibalut daun pisang dan air asam !!! Perghhh... mencecer air liur wehh...
Okeh. Selepas , para pelanggan akan dihidangkan dengan kuih muih tradisional seperti tako , seri muka , kole kacang , lopez dan cucur badak. Bagi pengemar bubur , ada bubur kacang hijau , pengat labu dan bubur lambuk. Agar-agar aneka rasa dan puding juga turut dihidangkan.
Sementara menanti Terawih , roti jala dicicah dengan kari ayam atau serawa durian mahupun sago gula Melaka atau goreng pisang, keledek dan keropok lekor akan disajikan. Penutup , ada Lok Lok yang terdiri dari telur puyuh , bebola ikan , udang , isi ketam , sotong dan tauhu yang enak dimakan bersama sos cili dan sos manis.
Sebagai tanda penghargaan , pihak hotel menyediakan pelbagai insentif dan promosi ditawarkan bagi memeriahkan promosi tahun ini. Nikmati promosi dan diskaun kad kredit , pakej bilik mesyuarat percuma, pakej berkumpulan , pakej ahli Facebook , pakej penajaan , baucer pra bayar dan set pakej katering 'take away' .
Sajian Buffet Ramadan ini bermula seawal hari pertama bulan Ramadan hinga menjelang malam Aidilfitri, bermula pada jam 6.30 petang. Kadar harga untuk dewasa ialah RM69 dan kanak kanak , RM35 ( 4-12 tahun ).
Tertanya siapakah dibelakang tabir Buffet Ramadan Kuala Lumpur International Hotel ni ? Mereka yang terlibat menjaya buffet Ramadan ialah Eksekutif Chef , Kasim Man dan dibantu oleh pembantu chef Kamal Ariffin , Azlan , Izwan , Izwani dan Zaharah.
Kaunter zakat fitrah pula akan beroperasi di lobi hotel bermula pada 20 Ramadan hingga 27 Ramadan yang mana dikendalikan oleh pegawai Pusat Pungutan Zakat.
Untuk mendapat keterangan lanjut mengenai promosi ini, bolehlah berhubung dengan En. Azli bin Ariffn , Pengurus Jualan & Pemasaran di talian 019 3822 100 atau layari www.klitel.com.my . Alamat , Toppot Cafe , Aras 4 Kuala Lumpur International Hotel ( KLIH ) , Lorong Haji Hussein 2 , Off Jalan Raya Muda Abdul Aziz , 50300 Kuala Lumpur.
24 comments
bestnya masakan kampung
BalasPadamKerabu tu nampaj menyelerakan
BalasPadamPerghhh baca pun dah kecur air liur, lagi² tengok gambar semuanya menyelerakan terutama pilihan kerabu tu. Pastu harga bufet pun tak mahal sangat, berpatutan!
BalasPadamwow..rasanya tak banyak hotel buat hidangan macam ni...
BalasPadammostly semua pengaruh barat.
sodap nih.
Terliur nyaaa 🤤
BalasPadamfuhhhh dahlah banyak pilihan , harga mampu bayar dan paling best sebab ada pelbagai tawaran harga mengikut kepelbagaiaan pengunjung ....best ooooo
BalasPadamSedapnya semua... Lapar tengah2 hari tengok makanan..
BalasPadamberselera betul tgk masakan2nya
BalasPadamRambanglah mata kalau pegi situ semua sedap2 dan menu favourite...
BalasPadamHarga buffet dia not bad..
BalasPadamRambanglah mata kalau pegi situ semua sedap2 dan menu favourite...
BalasPadamBanyaknya pilihan kerabu..sedap tu
BalasPadamSedap sangat!!! Nak nangis tengok.
BalasPadamAdduuhhh! Nyesal baca time tgh hari macam ni.. Tapi yg paling best n rare.. ada solat terawikh kat situ.. yang ni mmg win..
BalasPadammenyelerakan menunya
BalasPadamGulppp Puasa Puasa .... Tengok gambar pin dah tau sedapnya
BalasPadamPerghhh betul2 menggugat selera ni ..
BalasPadamFuhhh...terliurrr... lama betol xpekene masakan kampung mcm ni
BalasPadamGambar semua tak pernah nampak tak sedap.... haihh...
BalasPadamTerubat rasa rindu di kampung dpt makan selera kampung macam ni.
BalasPadamadeh,semua tgk berkenan,cmna nih.. heheh
BalasPadamAdoiii nyesal bukak blog Aben pagi pagi ni, lapaqq teruih huhu. Kerabu mangga sedapnyaaa
BalasPadamJahat laaa kerabu tuu... Menggoda sungguh keimanan ni
BalasPadamHuhuu
Masakan kmpung tak pernah mengecewakan.. pasti dapat membuka selera
BalasPadam