Dah jadi 'geng' !
Selepas seminggu Zahra di hospital , segalanya berubah. Zahra jadi semacam penyayang sangat. Ngan aku, dia makin kerap cium pipi.. peluk. Suka bermain bersama abang dia.. lebih mudah bertolak ansur dan paling mengejutkan... dia mula rapat dengan Aariz yang sebelum ni , dia anggap 'orang luar' di dalam rumah tu.
Bila aku suruh dia jaga adik dia.. aku nak ke tingkat atas , dia dengan pantas jaga. Tak kasi usik apa apa pun. Aku naik ke tingkat atas tapi dalam diam , aku menyorok dan lihat tindakan Zahra tu. Sangat mengejutkan aku sebenarnya.
Aku suruh dia kiss adik dia.. pantas cium pipi adik dia... Huhuh.. Kalau tidur sekatil, kena himpit pon ok jer ! Huhuhuh..
Alhamdulillah.. akhirnya Aariz dah ada kakak dan kakaknya seorang yang penyayang sangat ! Kenapa aku kata cam tu ? Semalam Aariz 'hilang' ! Dia mencari seorang diri di dalam rumah. Dia tanya mak dia.. dia tanya aku.. "Mana Aariz ? Aariz ilang ! ". Muka cuak terpampang di raut muka dia..
Aku senyum. Ada kat atas la..ngan Ayah Chik. Gi tengok dalam bilik. Sememangnya dalam dia bermain apa saja , mata dia tetap memerhatikan Aariz... kecuali bila dia sedang makan , Aariz tidak dikisahkan..buat sementara !
3 comments
so sweet....dua2 sayang adik bongsu ....ker aariz belum nak jadi bongsu lagi ?....hahahahaha
BalasPadamNanti mesti kakak Zahra sayang giler kat Aariz.
BalasPadamcomel
BalasPadam