Kenapa Ben Ashaari 'sorok' muka wife dia , eh ? Anak menteri ke ?

by - Khamis, Jun 29, 2017

Aku dah berblogging 9 tahun lamanya. Sepanjang aku berblog tu , aku berusaha 'sorokkan' muka isteri atas permintaan dia. Kenapa begitu ? Kebanyakkan orang lagi suka terutama isteri isteri yang miliki suami dikenali ramai terutama di media sosial...dan dikelilingi anak anak dara yang cantik jelita itu. Gileeer tak jeles ??? Kan kan ?
Tapi wife aku sebaliknya. Apakah dia tak cemburu sama sekali ? Tak kisah ke ada awek awek cun komen di Facebook gitu ??



Dia nak low profile. Nak gi kerja dengan tenang, balik kerja dengan tenang. Tak nak jadi perhatian terutama di pejabat. Tu pun masih ada yang kenal dia gara gara aku 'munculkan' diri di pejabat dia. Dan dia juga seorang penjawat awam yang berpangkat. Maka aku tak nak la dia dikaitkan dengan aku sama sekali. Dikaitkan sebagai isteri , ok je la.. 
Sememangnya banyak job ditawarkan tapi aku tolak bila kena melibatkan si isteri. Anak anak , ok je la.. tu pon sehingga mereka usia 7 tahun. Kemudian tiada lagi cerita mereka. Kenapa sampai gitu sekali ??? Kita sedar kita di Malaysia. Kena paham sikap sesetengah manusia , jika bencikan kita.. mereka akan cari segala kesalahan  termasuk  insan insan tersayang yang berkaitan dengan kita ! 
Ada yang tanya aku kenapa sampai gitu sekali aku sorok wife ? Dari dulu hingga sekarang ! Anak menteri kot ? Takda maknanyaa aihhh... Biar aku je la 'popular' dan dia sekadar menjadi tulang belakang aku, dah la.. tak yah dua dua popular ! Letih nanti...
Buat mereka yang tertanya tanya , moga dah dapat jawapan. Bukan aku sengaja tapi terpaksa demi keselamatan dia. 
Korang tengok gambar aku , dah laaaa.. hensem apa ???

You May Also Like

9 comments

  1. Bagus sebenarnya tindakan abg ben dan juga isteri. Privasi itu perlu.

    BalasPadam
  2. takder hal ....aku pun sorok laki aku ....tu yang kena ngorat jugak ....hahahahaha

    BalasPadam
  3. Shes very humble low profile. Cuma glamour Ben mmg tetap tempias kat beliau walaupun tak didedahkan secara langsung. Salam Aidilfitri to both of u.

    BalasPadam
  4. Kena bagi isteri ruang untuk privasi, itu lagi bagus!

    BalasPadam
  5. Yesss.. Good entry Ben.. Saya pun punya alasan yang sama tak 'tonjolkan' suami & keluarga, anak2 je boleh

    BalasPadam