Proses pemulihan dan menguatkan kembali sendi otot !

by - Khamis, Disember 11, 2025

Berbeza dengan masa muda muda dulu. Lepas pulih tu boleh pulun habis habisan tapi tanpa kita sedari rupa rupanya , kesannya adalah pada hari tua nanti. Dan aku sedang lalui. Hahahha.. Menda menda kecil gini ramai yang amik ringan sebab tubuh badan ketika muda tu , kuat. 

Punca ? Hurm.. regangan badan ! Kebanyakan mereka yang bersukan kategori amatur ni macam aku. Ambil ringan bab pemanasan otot dan regangan selepas bersukan. Otot manusia ni bukan mekanikal terdiri dari mesin besi yang tahan lasak. Tak kira la kuat camana pun , kena juga buat atau derita di kemudian hari. 

Kuatkan otot kaki sangatlah penting. Bila dah latih kaki tu , kena jaga bab pemulihan. Pemakanan , rehat adalah keutamaan. Bukan apa.. kalau kaki dah sakit , hurm... serius cakap , terasa hilang sesuatu dalam kehidupan harian. Contoh , nak gi solat berjemaah pun payah. Nak lakukan aktiviti harian pun akan tergendala. Pasti akan rasa sesuatu sangat. 

 

Aku dalam fasa pemulihan. Masih terasa sedikit tapi sedang berusaha 'buat tak tau' dengan menguatkan otot dan regangan senantiasa terutama pagi dan malam ! Diulangi , jangan pandang ringan bab regangan ni. 

Dalam fasa pemulihan ni akan ada satu trauma. Takut nak buat sesuatu yang biasa kita buat. Risau akan kembali sakit. Jadi untuk memberikan keyakinan pada otot dan otak tu makan masa. Kita kena kuat dan fokus. Elakkan buat kesilapan yang sama terutamanya ketika bersukan. 

Macam kes aku ni.. kena elakkan banyak buat pergerakkan pantas. Kena tenang tenang dulu. Fuh.. lain macam bila dah nak cecah 50 ni. Hahahaha.. Alhamdulillah... rezeki. 


Anti radang secara natural ! 

Order : Wasap : https://Halia1.wasap.my

You May Also Like

0 comments