Bukan slips disc tapi otot ketat katanya !
Lasak sangat tahun ni ! Hahaha.. memang aku keluar masuk pusat fisioterapi dan gi mengurut tradisional berkali kali untuk betulkan otot. Gitulah.. bila dah ok , tak senang duduk jadinya. Kembali rancak mencari aktiviti harian untuk berpeluh. Kalau tak berpeluh , rasa tak kena lak hari tu. Dan jadi berselera nak makan jer. Adeh...
Tapi tula ujiannya di hujung tahun. Ketat sana sini bermula dari 'lower back' ! Sebenarnya ni penyakit sejak dari zaman bujang. Salah angkat beban jadi punca. Tapi takda la pulak gi check doktor bagai. Gitulah... rehat dan rehab. Alhamdulillah sembuh. Bila dah sembuh , buat hal balik...
Bila dah kawin dan makin berumur.. makin lasak. Nasib baik masih 'ingat dunia ' , jadi takda la sertai mana mana pertandingan atau group pergi mana mana tempat seperti masuk hutan bagai. Hajat tu ada tapi teringat anak bini , aku matikan je la hasrat.
Lagi beberapa hari nak masuk tahun baru dan umur pun bakal cecah 50 tahun. Apakah aku perlu perlahankan rentak ? Huhuhuh... Yelah , bila sakit otot ni , dia punya tarik.. Fuh ! Nak tidur pun terasa perit. Nak bangun apa tah lagi ! Tapi itulah... bila dah kena, kita pun belajar macam macam perkara. Cara buat regangan.. cara mengurut cari urat... dalam pada masa yang sama , belajar macam macam termasuklah BERSEDERHANA DALAM BERAKTIVITI ! Dalam erti kata lain.. beringatlah sedikit.. awak dah tua !
Tapi tu la... nak berhenti tak boleh. Nanti perut memboroi. Kita kurangkan sedikit rentak. Dari hari hari , ke selang seli. Contohnya , kurangkan naik turun bukit kepada berjalan je depan umah bersama itik ituk aku tu. Gym ,3 kali seminggu ok dah kot ? Dan setiap kali pergi.. buat dalam sejam ok dah. Tak perlu la nak sampai berkhemah dalam gym macam dulu dulu tu ha.. kan ?
Ada hikmah juga la bila kita diuji. Beringat sedikit... Jangan berlagak muda walaupun nampak muda. Yang penting , kawal pemakanan. Huhuh.. Aku tahu.. part ni memang masalah terutama bila makanan ada depan mata tu SEDAP SEDAP BELAKA.



0 comments