Kelengkapan Sekolah Lengkap di Pusat Pakaian Hari Hari
Alhamdulillah... Lega rasa bila perkara yang paling penting di setiap hujung tahun , diselesaikan tanpa banyak isu. Bila dah selesai , baru boleh ke mana mana termasuklah balik kampung. Fuh... Risau juga la kan kot kot harga makin mahal dan susah nak cari berdasarkan pengalaman lepas, size susah nak cari. Jadi kali ni , kena bersedia lebih awal walaupun cuti sekolah baru bermula. Minggu pertama lagi dah selesaikan segalanya. Heeee...
Kenapa Pusat Pakaian Hari Hari ni pilihan aku sekeluarga ? Sejak aku mengenali Pusat Pakaian Hari Hari ni , aku kagum dengan staff mereka. Takda pun yang muka masam. Bila bertanya , mereka cepat membantu. Bila minta size , mereka cepat cepat cari. Bila tanya pandangan , mereka beri cadangan. Itu yang membuatkan aku malas nak mencari tempat lain sejak anak anak jejakkan kaki ke sekolah. Di sini saja aku cari dan selesaikan segala kelengkapan mereka.
Aku yang tinggal di sempadan Selangor / Negeri Sembilan ni bertuah sebab ada dua cawangan Pusat Pakaian Hari Hari berdekatan dengan aku. Satu di Kota Warisan dan satu lagi di Nilai. Untuk pengetahuan korang, ada lebih dari 120 cawangan mereka di seluruh negara. Pengalaman mereka dalam dunia pakaian ni pun bukan setahun jagung. Dah cukup masak dengan permintaan dan gaya yang diperlukan oleh rakyat Malaysia.
Bila masuk je sini , anak anak teruja terus mencari beg sekolah. Beg sekolah lama mereka masih boleh dipakai tapi untuk menaikkan semangat mereka , aku benarkan mereka pilih beg sekolah yang baru. Maklumlah , kita dulu pun pernah bersekolah. Dapat beg baru , seronok tak terkata. Jadi pilihlah mana mana yang nak.. " Daddy belanja... " . Sapa tak seronok bila dapat tawaran gitu kan ? Hahaha..
Baju dan seluar mereka , masih boleh dipakai dan elok Macam aku kata la.. Pakaian mereka ni , berkualiti dan tahan lasak. Jadi aku fokus pada yang penting penting dulu seperti beg , kasut , songkok , seluar sukan dan pakaian pakaian lain. Baju dan seluar , mungkin pertengahan tahun akan aku tukar . Rasanya masa tu diorang akan lebih tinggi dan besar dah. Lagi pun , aku boleh je beli terus secara online di https://www.ehari.com.my/. Dapat diskaun 10% untuk barangan terpilih lagi !
Sempena Promosi Kembali Ke Sekolah , Pusat Pakaian Hari Hari kasi diskaun untuk barangan terpilih. Rugi la tak manfaatkan. Pastu dapat free gift seperti tuala dan kalender 2026. Cantik ! Biasanya gitulah mereka. Mereka akan lebih awal menyediakan kelengkapan sesuatu perayaan termasuklah Hari Raya ! Bukan awal saja tapi siap ada diskaun dah. Haaa.. takda la nak kalut kalut bagai.
Aku pulak jenis malas nak berjalan sana sini untuk mencari barang persiapan. Suka terus ke satu tempat tu dan beli je semua. Siap.. balik ! Hahaha.. Jika ada tak kena , datang dan buat pertukaran. Senang ! Takda nak pening pening kepala. Kan ? Ni zaman bukan nak bergaya gaya sangat dah. Yang penting , kualiti , harga berpatutan dan paling aku utamakan.. keselesaan bila membeli belah. Tempat letak kereta mudah dan percuma. Pastu staff membantu dan muka tarak masam ! Beli dan balik dengan hati gembira..
Sebab tulah aku pilih PUSAT PAKAIAN HARI HARI !




0 comments