Tik Tok bikin hal sama seller ?

by - Sabtu, Januari 03, 2026


Salam Tahun Baru 2026. Entri pertama yang menarik jiwa dan raga. Seperti yang aku jangkakan dari dulu lagi. Cuma menanti masa je untuk terbukti kebenaran. Hahahaha... Sapa yang dah bersedia , dia tenang. Sapa yang belum , dia akan berpeluh seketika tapi jangan risau. Anda boleh lakukan. Cuma makan masa dan sedikit modal untuk bajet pemasaran secara online. Atau jika sudah ada nama, takda masalah dah. 

Aku dah pun nasihatkan seorang kawan pasal ni awal awal dulu supaya sediakan satu platform pembelian di website. Terus buat bayaran je di sana manakala Tiktok sekadar tempat untuk menaikkan jenama atau branding. Kelmarin , seorang lagi kawan aku pun dah mengadu pasal ni. Dia pun nak tarik dah produk dia di Tiktok dan nak fokus je di Shoppee dan Facebook. 

Bila 'sampai masa' yang mana pengguna media sosial percaya pada ketulusan pembelian di Tik Tok, maka sampailah masanya untuk mereka meneruskan strategi.. 


Tu dia.. Pakat pakatlah menarik balik produk di sana melainkan Tik Tok kembali berhati perut dan memberikan kerjasama. Nampaknya para affliate terpaksa buat strategi lain untuk teruskan kehidupan. Harap harap takda la yang terduduk ya. 

Aku ? Hurm... semua platform aku gunakan. Setakat ni , alhamdulillah. Ramai masih kenal ' Ben Ashaari' . Heeee...Rezeki muka hensem. Hahaha.. Gurau.. 

Oh ya... Sekolah bakal dibuka dan Ramadan pun bakal menjelma. Nah, standby la minuman untuk sarapan pagi atau sahur yang sihat untuk seisi keluarga. Aku dah amalkan bertahun dah. Alhamdulillah..serasi sekeluarga. Takda pun yang ketagihan jika tak minum sehari tapi kalau minum , terasa segar dan woww ! Gitu...



Khasiat cacao (koko) untuk kanak-kanak, jika diambil secara sederhana & betul:

Khasiat Cacao

Baik untuk otak & fokus
– Cacao ada flavonoid yang bantu aliran darah ke otak
– Boleh sokong daya tumpuan & pembelajaran

Tingkatkan tenaga semula jadi
– Ada magnesium & zat besi
– Sesuai untuk budak aktif / bersukan

Baiki mood & emosi
– Rangsang hormon “happy” (serotonin)
– Boleh bantu kurangkan stres & mudah merajuk

Baik untuk pencernaan
– Serat dalam cacao bantu usus lebih sihat

Sokong kesihatan jantung
– Antioksidan bantu lindungi salur darah sejak kecil

Kuatkan imun badan
– Antioksidan bantu lawan radikal bebas







You May Also Like

0 comments