Aku berhenti minum kopi dan tukar kepada..
Dulu aku peminat kopi tapi bukanlah tegar. Aku lebih kepada ketagihan. Setiap pagi wajib nak minum kopi terutama yang 3 in 1 ! Asalnya bukanlah aku suka sangat tapi dek kerana review punya pasal , aku tersilap langkah. Dari nak review , terus jadi ketagihan. Yelah.. menda sedap ! Bergula dan berkrim. Tambah pulak boleh cicah ngan roti di pagi hari ! Lingkup badan !!
Salah sendiri. Nak kata apa dah.. Nak tak nak , kena ubah gaya hidup untuk kembali sihat dan bukanlah mudah. Makan masa dan perlukan komitmen dan disiplin yang tinggi. Cuba punya cuba akhirnya berjaya setelah wife jatuh sakit. Nah.. dari situlah gaya hidup aku sekeluarga berubah. Dari suka makan macam macam kepada makan minum yang sihat jer. Sesekali boleh la layan yang 'kurang sihat'.
Kesan kopi atau kafein yang tinggi pada aku , sesuatu yang menakutkan. Aku dapat Gerd dan Anxiety. Nak hilangkan ketagihan kopi bukan mudah. Alhamdulillah , aku dapat cara sihat untuk hilangkan ketagihan melalui minum air halia. Malah anak isteri aku pun turut jadi peminat air halia cacao ni. Setiap hari secawan akan dikongsi bersama. Tapi aku.. kena secawan sebelum nak bersenam. Dan sesekali, secawan lagi selepas workout. Banyak khasiatnya. Cuma kena jaga kuantiti tu. Jangan letak banyak. Tak bagus juga. Sederhana.
Baik, khasiat air cacao ditambah serbuk halia bila diminum waktu pagi memang elok untuk tubuh badan.
Khasiat Minum Pagi
1️⃣ Naikkan tenaga & fokus
- Cacao ada theobromine untuk memberi tenaga stabil (tak berdebar macam kopi).
- Halia bantu aliran darah ke otak untuk minda lebih segar.
2️⃣ Panaskan badan & aktifkan metabolisme
- Halia bersifat thermogenic untuk bantu bakar lemak awal pagi.
- Sesuai minum lepas bangun tidur.
3️⃣ Baik untuk pencernaan
- Halia kurangkan angin, loya & kembung.
- Cacao ada serat yang mana boleh membantu lancarkan usus.
4️⃣ Sokong hormon lelaki (testosteron)
- Halia bantu kurangkan stres oksidatif.
- Cacao kaya magnesium & zink yang penting untuk hormon & otot.
5️⃣ Kesihatan jantung & salur darah
- Flavonoid cacao bantu kawal tekanan darah.
- Halia bantu kurangkan keradangan.
6️⃣ Mood lebih baik
- Cacao rangsang serotonin & dopamin membantu rasa lebih tenang & positif.
Cara Minum Disarankan
1 sudu besar cacao asli (tanpa gula)
¼ – ½ sudu kecil serbuk halia
Air suam / panas
Minum sebelum sarapan atau 30 min sebelum aktiviti
Berminat : https://BenJualKokoPowder.wasap.my


0 comments