Pening kepala aku dengan itik itik ni !
Hurm... isu kecil je tapi dia punya pening , sampai membawa ke dalam mimpi ! Apa aku nak buat dengan diorang sekarang ni ? Masa membeli tu , tak sangka pulak diorang ni boleh hidup lama. Hahaha.. Ingatkan pendek umur tapi sekali.. tu dia , membesar bagai johan.
Bil air satu hal. Melambung pastinya la. Satu hari mau 2-3 kali bersihkan reban dia. Kalau lepaskan , berak merata. Kena basuh lagi. Tak lepas , kesian pulak. Adeh.. Tu la , masa masa membeli pikir comel , seronok. Terlupa part tanggungjawab bila dah membesar.
Solusi ada dua jer ! Satu , kasi orang yang memang bela ayam itik. Kedua , sembelih. Nak sembelih , aku tak sampai hati. Nak kasi orang , kena mencari pulak sapa yang nak. Kalau dekat , boleh gi antar terus. Boleh diorang dapat umah baru yang lebih selesa dan ramai kawan. Huhuh..
Anak anak ? Hurm.. memang la diorang tak nak aku kasi orang atau sembelih tapi tu la. Ni nak berjalan sana sini pun dah bermasalah. Tambah lagi masalah , sejak semalam.. bekalan air di Sepang terputus dek kerana ada masalah paip besar pecah. Tak tau bila nak selesai. Pagi ni saja air dah mula berkurangan di tangki. Kena cari air minum kat luar kawasan lak.
Kerana itik.. aku pening !

0 comments