Takkan cukup sehari di LEGOLAND MALAYSIA !
Kali kedua aku ke sini dan terus terang , aku masih belum dapat pusing abis satu taman Legoland yang terletak di Nusajaya , Johor ni ..
Alhamdulillah , cuaca sangat cantik ketika menghala ke Johor ni. Risau hujan dan banjir jer… hehehe.. Nampaknya rezeki menyebelahi kami kali ini .. Sekali lagi berpeluang bersantai bersama sama rakan rakan blogger #kelabbloggerbenashaari untuk kali pertama di tahun 2015 ni.
Cerah hingga ke petang .. Hehehehe .. Dapatlah bawak Qhaliff masuk ke Legoland untuk kali kedua dan Zahra buat kali pertama.
Bertolak jam 10 pagi , sampai di Legoland dalam jam 1 tengahari. Dan buat pertama kali , kami menginap di hotel Legoland yang menarik sangat ni ! Hehehe.. Terujaaa wooo !
Bilik siap jam 3 petang. Aku diberi tiket untuk masuk ke taman Legoland dahulu… Ok jer.. Kang kalau dah naik bilik , malas lak nak turun.. hehehe.. Sebaiknya pusing pusing dulu dengan keluarga tercinta.
Cuaca , memang menyelebelahi kami untuk hari ni.. Huhuh.. Dapatlah merayau dan bergambar di tempat tempat menarik dan Qhaliff sangatlah teruja dan gembira ! Dia boleh berlari sana sini tanpa halangan ! ( Rujuk entri Qhaliff terlalu gembira di Legoland ? )
Terlalu banyak tempat menarik untuk dilawati dan aku tertarik pada miniatur miniatur yang ada disini ! Jangan lupa ke bahagian Adventures ! Bagi yang kaki main permainan yang mencabar , pastinya di situ ada pelbagai mainan yang akan mengoda korang !
Sayangnya aku tak leh ke sana sebab ada anak kecil.. hehehe ..Maka , pusing pusing kat miniatur ni jer.
Selepas pusing beberapa tempat aku check in bilik. Plan lepas check in nak turun balik dan sambung pusing .. Dan seperti dalam perancangan , bilik dapat awal.. ehehehe.. Dapatlah rehat jap ..
Ternyata bilik hotel Legoland ni berbaloi dengan harganya !
Selesai solat .. turun ke Water Park.. Aku tak bawak Qhaliff sebab dia dah terlalu penat ! Risau demam jer nanti kalau tak cukup rehat.. Hurmm..
Water Park Legoland ni kalau tak masuk , memang rugi sangat laaa ! Aku masuk di penghujung hari ! Sangat tak puashati langsung.. Huhuhuh.. Moga satu hari nanti aku akan kembali dan menginap sekurangnya 2 hari di sini untuk pastikan aku pulang dengan kepuasan !
Esoknya , tepat jam 12 tengahari .. selepas makan pagi yang menyelerakan ( berbaloi giler makan pagi kat hotel Legoland ni ! ) , kami semua berangkat pulang dengan hati yang berat ! Best giler hotel ni ! Hahaha.. Leh main lego beramai ramai kat sini wooo !
Kesimpulan bagi aku .. Legoland ni mmg sesuai untuk beriadah bersama keluarga ! Berbaloi sangat ! Untuk sebarang pertanyaan , boleh terus ke :
7 comments
Best best!
BalasPadamseronoknya.. teringin nak ke sana
BalasPadambestnye hotel legoland..
BalasPadamanak sy asik request nak ke sini..
hopefully boleh pergi masa cuti sekolah nanti..tapi boleh dijangka kepadatan org
ni kalau tunjuk kat anak2 apa yang ada kat sana.. eemm.. dan dan tu ler dorang ajak g..
BalasPadambagi aku harga tiket mmg dah berbaloi dgn apa yg disediakan... seharian mmg x ckup...
BalasPadamnext time kalau pergi...ajak tau.. nak join gak hehehe :p
BalasPadamseronok pg sini.. mmg x cukup sehari.. sbb sehari je nak theme park yg luas tu huhuhuhu .. klu nak ke water park mmg kena pg 2 hari baru puas ...
BalasPadam