Bila tambang pengangkutan awam naik !
Aku tergaru kepala ! Selepas ni kena pikir panjang untuk guna teksi .. Hurmm .. Samada nak jalan kaki atau keluar duit yang berbaki untuk sara diri !
Tapi yang berlaku ? Tambang teksi dinaikkan antara RM1.25 dan RM8.00 mengikut jarak perjalanan dan lokasi, berkuatkuasa serta-merta manakala tambang bas ekspres naik 2.1 sen bagi setiap kilometer bermula 1 April ini.
Makin gatal kepala aku. Ada insan suruh aku pahami apa itu GST ! Kalau aku paham , aku kena redha je la segala kenaikan ini yang mana kononnya untuk pembangunan negara ? Kenapa tak buat dari awal tahun ari tu je terus ? Kenapa kena tunggu April ? Hurm.. aku tertanya tanya ni ..
Yang pasti , aku tak leh kunjungi dah restoran feveret aku atau kalau nak jugak , aku kena mintak mangkuk lebih , gelas lebih setiap kali order makanan dan minuman.. Bahagi dua ! Jimat la kan ? Hehehhe.. Contoh.. mee kari , kongsi dua.. Air suam , bawak dari rumah jer .. Tu kalau teringin sangat la kan ? Yelah , kalau dah mee kari semangkuk jer dah berharga RM20 ! Haaa !!
Aku masuk pasaraya sekarang ni untuk cari barang dapur.. Confirm lebih RM100 punya !
Entah la.. aku tak salahkan kerajaan pon. Memang kerajaan bertujuan memajukan negara tercinta ni. Harapnya bila dah maju nanti , takde dah masalah masalah yang kita hadapi sekarang ni .. Maklumlah , sekarang ni kita tak maju lagi ! Maka banyak la masalah sana sini .. Kan ?
Kalau ada lebihan wang rakyat , leh beli jet peribadi lagi.. Jangan risau.. Rakyat memahami keperluan kerajaan.. Segalanya adalah untuk kebaikan negara. Kan ? Hanya Allah Maha Mengetahui..
Sebab tu aku padamkan cita cita aku jadi Perdana Menteri. Kalau aku jadi Perdana Menteri ,aku nak jet bertatah berlian ! Dari darat leh nampak dah tu jet aku .. kan ?
Selamat Datang GST .. Selamat Datang ..
13 comments
tinggal beberapa hari ja lg..huhu gst akan dtg..cepat2 beli baju raya..
BalasPadamhuhuhu nak naik perkhidmatan awam pun kena pikir banyak kali dah nih..
BalasPadamermmmmm
BalasPadamKena fikir bnyak kali nk beli barang bila GST dh datang.
BalasPadamLepas nie nampak gayanya naik basikal la pegi keje...hihi..
BalasPadamselamat datang GST...
BalasPadammak saya kadang-kadang suka naik pengangkutan awam. Kata dia banyak dia tahu . Lepas ni fikir dua tiga empat kali lah
BalasPadamadehhh... cuba bygkan kat supermarket kena asingkan brgan yg kena gst dan tak... so nonsence.. sekrg tambang kenderaan awam aje... mcm somi akak cakap.. bg BRIM 3 bln sekali tapi depa amik duit rakyat hari2..... tapi serius mmg rasa sgt terkesan dgn gst ni....
BalasPadamhuwwaaa..nangeh tengok semua barang naik..pas parking dekat shah alam pun kena gst..kalau setiap bulan rm60 + 6% lepas ni..hurm
BalasPadamkalau untuk pembangunan negara & rakyat kenapa 6% je? boh laa 60% ke... kann
BalasPadamdalam iklan pong pang pong pang pngangkutan awam xkena gst..alih2 harga tambang naik....
BalasPadamIsu GST ni banyak auta je dari fakta. Kita berserah sajalah.
BalasPadamBonus minggu depan mmg habis utk panic gst shopping la nampak gayanya
BalasPadam