Filem tak payah tonton : CHAPPIE
MENGHAMPAKAN SAMA SEKALI ! Nasib baik la dalam ni ada Hugh Jackman dan ‘robot’ ! Kalau tak kerana dua faktor ni , aku takkan sanggup nak ulang alik Putrajaya-Sepang di malam hari ! Haihhh..
Kenapa aku kata filem ni gagal ? Ok.. pada awal filem ni , nampak macam filem ni akan jadi menarik pada penghujung tapi segalanya mula hampa bila CHAPPIE mula nak ‘mati’ .. Hurm..
Filem Hollywood sekarang cuba nak ‘brainwash’ kita ? Aku nampak gitu la.. Atau diorang ada agenda tersembunyi ? Apa yang aku nampak diorang ni takut mati ! Dari dulu diorang berusaha untuk hasilkan cerita cerita ‘kekal hidup ‘ seperti cerita cerita immortal , superhero yang tak reti nak mati bila ditembak , penjelajahan ke dimensi lain untuk cari tempat baru bagi manusia berhijrah dan terbaru.. ‘roh’ dipindahkan ke dalam badan robot ? ‘Kesedaran’ yang dimaksudkan tu cumalah satu memori ..konon-kononya laa .. Haish..
Satu lagi filem gagal dari sebelah sana .. Tak yah tonton la ..Bazir duit jer ..cam aku ..bazir duit beli 4 tiket untuk malam ni .. Huhh !
1 comments
plan nak tengok so tak jadi le
BalasPadam