Pulut Mangga dan Tauhu Bakar sedap !
Seperti biasa , port feveret aku di Putrajaya di kala petang hari ialah Tom Yum Kung. Harga boleh tahan la kat sini. Pasni , kalau naik kaw kaw harganya ( GST ) , aku tak lepak sini dah ! Aku bukak gerai aku sendiri sebelah dia .. Lantak arrr…. Aku jual lagi mahal dari dia ..Hahaha.. Gurauuu jer laa ..
Tom Yum Kung di Ayer@8 , memang port ramai blogger yang tinggal sekitar Putrajaya. Mungkin sebab tempat ni bersih dan murah berbanding restoran lain yang berhampiran ? Hurmmm ..
Ok.. kalau petang petang kan , wajib order Pulut Mangga ! Haaa… Nak kata sedap giler tu tak de la.. Tapi menurut tekak aku ni , rasanya menepati citarasa perut dan usus aku.. Haaa…
Kena pulak sekarang ni musim mangga .. haaa , banyak stok la gamaknya kali ni berbanding sebelum sebelum ni , agak cepat abis jualannya.. hehehe ..
Satu lagi wajib order ialah tauhu bakar ..
Sedap ? Yang ni aku tak rasa.. wife aku yang rasa.. dia kata sedap ! Hurmm… kalau dia rasa sedap , bagi aku sedap la tu ! Dia jarang nak kata makanan tu sedap..
6 comments
lama tak makan pulut mangga..dah la sedap tuu..hihi.
BalasPadamwah..mengidam pulak
BalasPadamTauhu bakar x menahan.
BalasPadamNak carilah bila balik kampung...
isy, feveret ambo tu tauhu bakar... bila la nak ke putrajaya ni..
BalasPadamagak-agak kalau ambo g kat restoran ni, dan nmpk en. ben kat meja sebelah, nk tegur ke tk nk tegur...malu2 haisy! ^__^
tahu bakar nampak menarik
BalasPadamAwatlah masih tak berpeluang nak pergi walaupun tinggal di Presint 9 je. Aduhai!
BalasPadam