Vios TRD SPORTIVO , gaya orang muda !
Benarkah kereta melambangkan keperibadian seseorang ? Tak perlu mewah tapi memadai dengan ciri-ciri yang ada pada kereta tersebut. Setuju tak ? Ok .. aku tak setuju sehinggalah aku memandu Toyota Vios !
Dulu ada seorang kawan yang juga jiran aku , cukup gilerkan Toyota Vios. Aku tak tau kenapa dan mengapa dia suka sangat Vios. Aku tak de la pulak nak test drive keretanya tu untuk mencari kenapa dan mengapa dia gilerkan Vios !! Heehheee..
Sehinggalah baru baru ni , aku berpeluang memandu uji Toyota Vios 1.5 TRD SPORTIVO dan segala persoalan aku terjawab ! Perghhhhh ,teruja giler aku wehh !!
Sewaktu aku dapat kunci , aku agak ‘pelik’ sedikit. Maklumlah , aku biasa bawak kereta ada kunci tapi untuk Vios TRD Sportivo ni , lain skit.. Mungkin ada yang dah tau dan biasa tapi untuk makhluk asing cam aku ni , tak biasa ! Terpelik dan timbul pelbagai persoalan !
Alamak ! Mana kuncinya ? Maka aku pon diterangkan mengenainya.. Hanya perlu rapat ke pintu jer pastu tekan punat yang ada di pintu kereta tu .. Tadaaaa ! Terbuka sudah !! Ok. camana nak hidupkan enjin kereta kalau kunci takde ? Gulp… Tak perlu tanya.. Aku diberi tunjuk ajar terus .. Hahahaha .. Termalu jap.. hehehe ..
Tekan je punat ENGINE START STOP yang terletak di sebelah kanan stering kereta ! Dan stering kereta , siap dah butang untuk kawal panel radio dan sebagainya ! Perghhh…
Ok.. kunci di tangan.. Qhaliff di sebelah kiri aku.. Enjin dihidupkan dengan begitu mudah sekali.. Bunyinya tak menyakitkan telinga seperti kereta mpv aku tu.. huhu.. Maaf , kenyataan ! Dimulakan dengan Bismillah.. Gear dimasukkan .. Huhuh.. Gear pon smart ! Kemas .. Mudah dipegang tanpa sebarang tekanan !
Dan mulakan pemanduan ujian dari UMW Toyota Subang ke destinasi pertama iaitu Putrajaya . Pasang map .. Dijadualkan tiba dalam 30 minit.
Tapi , tidak ! Aku sampai lebih awal !! Perjalanan lancar ditambah lagi dengan pemanduan yang tiada halangan.. Maksudnya , sedap giler memandu kereta ni ! Memecut dengan begitu mudah sekali.. Sekali tekan jer , 120kmj dalam tangan ! Hati hati memandu yer..
Permulaan memandu agak gugup sedikit.. Maklumlah , kereta baru.. Amik masa sedikit untuk biasakan..hehehe.. Tapi selepas dapat biasakan .. perghhh !! Tempat duduk kulit TRD Sportivo .. Selesa giler ! Tak berpeluh belakang aku .. Sakit belakang ? Tak terasa pon ! Melancarkan lagi pemanduan aku ke Putrajaya .
Ditambah lagi dengan pendingin hawa yang menyamankan pemandu serta penumpang di dalam kereta ni tanpa kira masa dan waktu !
Sampai di Putrajaya , amik wife .. pastu gi lunch bersama . Selepas makan tengahari , aku kembali rumah orang tua aku di Cheras. Di Cheras , aku bawak orang tua aku berjalan jalan dan test drive kereta ni.. Katanya , ini sesuai untuk orang muda. Reka bentuk yang aerodinamik memang menepati selera orang muda. Jarang dia nak puji pasal kereta ni .
Dan , dia ada menegur pasal cermin. Katanya dah siap tinted ! Aku tak perasan pada mulanya tapi bila diperhati betul betul.. Yup ! Dilengkapi dengan Toyota Premium Security & Solar Film ! Kemas ! Sememangnya akan ada mata memandang kereta yang dipandu aku ni ! Aku sendiri pon tengok berkali kali.. Cari kekurangan yang ada pada rekabentuk kali ni. Sempura sekali..
Petang , aku kembali ke Putrajaya ikut jalan jauh.. Highway la maksud aku.. Kalau kereta aku sekarang ni , confirm minyak dah setengah.. Tapi tidak pada Vios TRD Sportivo ni !! Penggunaan petrol yang sedikit ..menjimatkan !
Meter panel yang bergaya dilengkapi dengan Multi Information Display. Maksudnya .. bukan sekadar untuk ukur jarak atau kelajuan kereta ketika memandu tetapi ada memaparkan infomasi yang lain seperti , cruising range , average fuel consumption , instantaneous fuel consumption dan average driving speed.
Dalam perjalanan ke Putrajaya , Qhaliff dan sepupunya .. amat selesa bermain di belakang ..
Dan tiba-tiba senyap.. Rupa-rupanya , dua dua dah tertidur ! Berhentikan kereta dan pakaikan mereka talipinggang keledar.
Tiba di Putrajaya… Bawak ronda diorang di sana sebelum jemput wife .. Dan test drive dengan lasaknya di kawasan terbuka.. Maknanya , takde kereta dan orang ramai di situ.. hehehe .. Cool !
Ok.. camana pulak dengan ruang belakang ? Tempat simpan barang ? Perghhh.. Luas giler ( 506 Liter ) !! Untuk aku sekeluarga ni pon dah ok.. Boleh letak stroller , beg pakaian yang besar dan jom balik kampung !! Hahahaha..
Ciri-ciri sporty yang ada pada Toyota Vios TRD Sportivo ni yang mampu menarik minat orang muda cam aku ni ialah ..
- Daylight Running Lights
- TRD Sportivo rims yang amat cun dan . Tak payah nak beli lain dah !
Dan ..
Smart kan ? Aku kata dahh.. ! Aku tak nafikan ramai yang pasti akan terpikat dengan Toyota Vios TRD Sportivo yang cukup sesuai dengan mereka yang berjiwa muda … seperti aku !
Ada sorang kawan tanya.. Kalau orang tak muda , nak beli sesuai tak ? Hehehee.. Orang tak muda pakai , pasti akan terasa muda bergaya gitu !! Ok..dari Putrajaya , aku kembali ke Cheras dan esoknya aku ke Subang Jaya kembali untuk hantar kereta ni dan menariknya kaann , petrol ada lagi 2 bar ! Perghhhh.. Kalau kereta aku tu , confirm dah kena isi penuh balik !
Terus terang aku katakan..selepas aku pulangkan kereta ni dan pandu kereta mpv kesayangan aku tu , terasa sungguh perbezaannya ! Huhuh.. Malah Qhaliff sendiri tak nak naik kereta bapak dia ni ! Tercari cari dia kereta putih yang cun tu ! Huhhhhh…
Gi la test drive di cawangan UMW Toyota yang berhampirang korang ! Pastu , bagitau aku eh ..camana rasanya memandu kereta orang muda ni.. Hehehehe ..
43 comments
dah ada dlm wishlist... tgu klu de rezeki, nk angkat 1 vios ni
BalasPadamWahhh menarik ! :D
BalasPadamperghhh smart nyaaa .. siyes lawa keta tu .. tahniah abg ben !!
BalasPadamnak try drive jugak.. hehe ..boleh masuk dalam list kereta nk dibeli ni..
BalasPadamnampak sporty gitu..i like..cun gak dimiliki tuk gadis kental..hehehe
BalasPadamHurmmm. Gileh canggih. Xterpikir sek logikkan. Kalau xde kunci mcmana nk start . tp tu yang dikatakan innovation n teknologi. Lepas ni xtau apa lg yg mampu manuasi cipta
BalasPadamSelesa.. Salah satu Sbb suka toyata Vios trd Sbb interior design.. Dgn system audio yg cangih.. Perghh
BalasPadamDengar abang ben cerita pergh.macam ..tengok pun lawa dan selesa
BalasPadamOk sangat2 en.Ben.. saya rasa design baru ni memang menarik..
BalasPadamSegaknya kete...perjalanan jauh best ni ada auto cruise
BalasPadamSy salah seorang pemilik vios...tp model 2012 la...
BalasPadamterbaik wok vios!!! memang idaman aku vios ni..inshaAllah ada rezeki utk angkat 1..
BalasPadamTerpikat lak kat Vios tu tapi apakan daya jodoh tiada ^-^
BalasPadamermmmm ermmmm tunggu sang viva dan sang persona abis hayat la,nak bodek bakal suami nanti hehhehehe
BalasPadamhalamak..smart giler..wuhhh..dalam plan nak , Vios Toyota memeilikinyahemmma kereta yg menjadi idaman...puas hati Ben, teringin nak pandu uji jugak ..hemm. ko boleh ??
BalasPadamSempat tumpang beberapa minit.... Terbaiklahhh!!!! smooth gile jalan....
BalasPadamwah...canggih giler..keta impian hubby ni...mula2 kutuk gak dia..tp lpas bc entri ni,rasa macam berkenan plk...
BalasPadamPernah nak beli sebelum ni, tapi sangkut kat kereta sekarang.. Tapi sekarang, muncul feel balik.. Alahai..
BalasPadamCool giler... Nampak bergaya.. Sesuai utk semua..
BalasPadamYaya mmg dah lama minat toyota vios. Memang sexy habis kereta ni. Bestnya kalau dah mampu boleh beli nanti. In sya Allah :)
BalasPadamGah sungguh teknologi kereta skrg...dekatkan kunci kt pintu kereta je nk bukak hebatttt...review luar dan dalam suka tgk...well.done
BalasPadamgiler sporty..memang sesuai utk org muda mcm aku....fuhh kena fikir balik ni utk third car aku nnti....
BalasPadamIn shaa Allah, jika ade rezeki teringin gak nak bli..
BalasPadamkalau pasal fuel consumption memang vios terbaik la walau sebenarnya vios yg previous model ni better dari yang terbaru ni. Tapi still jimat minyak. Kalau dari segi pemanduan, memang takpayah cakap la. Vios walau bukan yang TRD pun still orang pilih jgk.
BalasPadam7tahun kerja dgn Toyota, tetiba rasa bangga sat sebab abg ben puji Toyota Vios ni (walau ramai jugak yg kutuk). Dalam ramai2 yang cakap negatif pun pasal dia, org tetap pilih untuk beli dan memandu Toyota Vios ni.
TQ abg ben!
Vios mmg kereta idaman dari dulu lg.. tp nye belum smpi rezeki nak memilikinya.. simpan angan2.. mana tahu boleh angkat 1 one day nnt..
BalasPadamTp yg baru ni lg smart la.. alahai...
Okehh.. mmg hensem kereta ni..nyam2. Tggu la nnt dah kaya nnt leh beli 10! Hahaha
BalasPadamAku pernah guna toyota vios ni. Apa yang aku boleh katakan marvelous...
BalasPadamwalaupun enjin dia 1.5 tapi pickup dia cukup untuk pecut di higway. Tengah pecut 120km/j bila tekan lagi akan terasa tork yang hebat. Minyak dia punyerlah ekonomi. isi satu tangki pasti kita tersenyum. Ruang dalamanya yang terserlah sporty. Anak2 selesa...ruang boot dia pun besar...satu lagi kalau ambik selekoh dia beri respon yang hebat..tak boleh nak bayangkan..kena cuba sendiri...
Cara abang ben cerita dah cukup teruja. Bentuk pun mmg cantik menarik sporty. Minat sgt dgn vios. Haishhhh syoknye dapat drive vios. (Feeling verangan)
BalasPadamMmg nmpk stylish.. cantik!
BalasPadamFuhh... style giler vios trd ni...
BalasPadamDari dulu lagi memang minat dengan teknologi Toyota ni. Dan sekarang kehadiran Vios menyerlahkan lagi persistensi dan pemanduan yang berkualiti. Cayalah aben...! ^^
BalasPadamWow.. teruja pulak tgk vios TRD ni. Ni memang sesuai sgt untuk yg berjiwa muda.
BalasPadamAdoiii cantiknyaa...luar dalam design stylo sangat. Macam macam features plak tu. Nak jugak! Huhu
BalasPadamAku sebagai pengguna vios memang puas hati.. walaupun bukan model ni..tapi enjin still sama. Pakai 3 tahun pun masih lagi teruja bila bawak vios. vios memang terbaik. toyota the best. Next car aku akan pilih toyota gak.
BalasPadamPerghhh
BalasPadamsmart kot!
pernah naik vios sebelum ni, memang superb! Sangat selesa
berkenan kat vios ni hehe
BalasPadamalhamdulillah, memang sedang gune kereta ni pon....betul, bab minyak mmg x tipu...jimat...cuma bhgian belakang tu je rasa mcm sempit sikit...tp ok laaa
BalasPadamulasan yang sangat menarik...rasa kejap ni nak beli
BalasPadamperghhh! smart ah!
BalasPadamSmart! Boleh beli nih! Nasib aku muda lagi! Hehehehe
BalasPadamwarna putih sportim hitam..
BalasPadamseat kulit full aksesori.
pilihan terbaek dah ni..
bergaya sungguh kalau bujang drive :)
wahh....nak pinjam.......
BalasPadamAs Salam bro.
BalasPadamBerckp ttg vios2015. Sy pun dh beli vios G complete bodykit & DVD infotaiment. Prestasi Enjin..Pergh..sangt responsif dn brkuasa. Plg selesa pd 140km d highway...tp enjin msh mahu memecut.Ada yg cuba sehingga 190km..takut.
Keselesaan..pujian 5 bintang utk handling..senyap dan selesa..lagi best masa mngmbil selekoh..mantap.
Yg plg sy suka..kabin dlm mmg senyap..tahniah Toyota..improved a lot.,anak2 sy mmg bole tido tanpa gangguan luar.
Design dalam..cool very cool..seat,steering dn tombol gear all leather. Yg plg stylish..dashboard dn door fininshing ..look leather with ala Jahitan leather..yg ini Magic look.
Petrol..dh x perlu komen..Jimat sgt.
Harga kereta..hurmm..adalah yg lebih sikit dlm kelasnya..Tapi Menang Membeli.
Keseluruhan,
Al Hamdulillah sy dpt memiliki kereta yg memberikan lebih dari jangkaan. Vios 2015..sebuah kereta..5 bintang.