Samsung Tab S2 patut jadi pilihan.
Samsung Tab , sejak sekian lama memang jadi pilihan para peminat gadget termasuk aku jugak ! Kenapa Samsung Tab S2 ?
Samsung Tab S2 kali ni datang dengan pakej yang hampir sempurna. Baik dari segi multimedia hiburan dan juga dalam melakukan kerja kerja harian yang memerlukan penggunaan komputer. Yelah , macam aku kan.. aku ni blogger sepenuh masa , pastinya Samsung Tab S2 ni amat berguna untuk aku terutama dalam blogging.
Aku cuba bagi kat Qhaliff , Samsung Tab S2 untuk dia bermain. Tau apa respon dia ? Dapat je pegang , terus dia cuba bukak Youtube. Kemudia nak main game. Aku try bagi main Sonic dan … dia sangat teruja ! Walhal kat telefon pintar dia , ada gak game Sonic. Ternyata size skrin yang besar serta paparan yang jelas dan nyata tu membuatkan dia lebih berminat terhadap gadget yang baru dia pegang .
Bila dia dapat Samsung Tab S2 ni , semua handphone aku ..dia tolak tepi terus ! Memang terus terang , aku suka gak layan movie menggunakan Samsung Tab S2 ni.. Puas giler ! Sound pon sedap dengar. Tak sakit telinga !
Samsung Tab S2 ni ada kelebihan iaitu aplikasi iFlix ! Register dan akan dapat guna selama sebulan..percuma ! Kemudian kena bayar langganan untuk setahun tetapi ianya murah ! Yang penting , di saat aku boring tak tau nak buat apa atau teringin nak tengok movie terbaru , atau nak cari yang lama lama punya,segalanya dah ada di hujung jari ! Gambar clear giler lak tu !
Berlainan dengan tab yang pernah aku guna sebelum ni , Samsung Tab S2 punya skrin yang mengagumkan. Dengan menggunakan skrin Super AMOLED , aku berpuashati sangat terutama bila layan movie di iFlix dan melayari internet. Jelas dan nyata !
Samsung Tab S2 juga ada menawarkan MILK Music ...iaitu aplikasi khas yang membolehkan pengguna memilih apa saja kategori lagu seterusnya album serta lagu sebelum memainkannya ! Jika suka lagu tu , boleh downloadnya terus ! Perghhhh.. Tak perlu dah download aplikasi yang ..macam macam di PlayStore ! iFlix dan MILK dan memadai !
Tu dari segi hiburan mulitmedia. Dari segi melakukan kerja kerja dokumentasi seperti menggunakan aplikasi word , excel , powerpoint.. dan banyak lagi , pastinya dengan mengunakan Samsung Tab S2 yang punya paparan yang luas dan besar akan memudahkan semua kerja ! Dan boleh dikongsikan semua file tu di dalam OneDrive.
Kalau part nak buat kewangan online seperti Maybank2U , aku tak perlu jegilkan mata aku yang rabun ni.. Segalanya terang dan jelas ! Heheheh..
Nak kemaskini blog.. Huhu.. mudah je dengan menggunakan Samsung Tab S2 ni..
Samsung Tab S2 ni lebih ringan berbanding tablet yang pernah aku guna dulu. Qhaliff pon leh usung ke sana sini tanpa dengar dia mengeluh mengatakan tab tu berat ! Berbanding sebelum ni , dia memang akan bersuara dan tak nak pegang !
Yang pastinya ..Samsung Tab S2 ni mudah serasi dengan sesiapa saja dan akan mudah membuatkan kita jatuh cinta bila menggunanya buat pertama kali kerana ringan , mudah diusung di sana sini dan designnya pon smart !
Maka tak hairanlah , Samsung senantiasa jadi pilhan rakyat Malaysia.
20 comments
Wow..puas hati ni.. lebih jelas..dr hp2 kechik cinonet je..
BalasPadamok sgt menarik ,tab samsung lama dah jahanam,meh pinjam sat...
BalasPadamsaya pun guna samsung tab..
BalasPadammmg mudah nak update blog dan urusan online banking.. best!
dari dulu lagi memang kagum ngan screen super amoled samsung....mungkin boleh beli untuk jadikan tab gantian memandangkan ipad yg ada dah kojol....
BalasPadamMenarik! Boleh tahan hebat Samsung Tab S2 ni ye :D
BalasPadamperghhh.. gambar last yang tak menahan tu.. hehehe..
BalasPadamLebih tipis ye abg ben..
BalasPadamAkak ada tab samsung yg lama tu mmg berat,nak kena tukar yang baru nie.. :)
BalasPadamAlangkah bahagianya kalau yaya dapat guna ni..hari hari praktis summary...
BalasPadamA Allah, comelnya Qhaliff... Mengidam Samsung Tab 2 lah plak... Moga impian jadi kenyataan. Trimas Ben, info ST2 ni.
BalasPadamMENARIKNYA SAMSUNG TAB S2 NI!
BalasPadamWAH MENARIKNYA Samsung Tab S2 NI! bestnya qhaliff main game sonic dash kat samsung tab S2
BalasPadamWahhh bestnya ..mcm tertarik pulak nk beli. Kena kumpul duit laa
BalasPadambelanja satu aben hahahahaha..bestnya..suka dengan jenama samsung ni
BalasPadamKalau dapat samsung tab2 nie memang dah puas hati sangat. Confirm notebook tolak tepi. Huhu
BalasPadamWow yang ni lebih menarik laa kiranya..Ok nnt bos lanjer kita satu hahahaha...nak jugak rasa pakai yang baru ni...Ok tahu dah bos ckp beli laa beli laa..ok fine kita beli nanti..tatau laaa bila sebab gadget semua masih elok jer.
BalasPadamnak beli..tunggu bulan depan...
BalasPadammenarik
BalasPadamabg ben..aaa..berapa harganya ek? :)
BalasPadamnampak menarik..dah verangan lah pulak nak samsung tab s2..
BalasPadam