Sedih bila nak keluar negara !
Yess ! Dapat satu lagi jemputan.. Kali ni ke Perth , Australia lak. Walaupun tak lama , tapi bagi aku .. dapat pijak bumi Australia pon ok dah ! Janji dalam pasport tu ada cop bertanda Australia ! Hehehe.. Melengkapkan tahun cemerlang aku sebagai blogger. 3 trip yang ditaja oleh syarikat besar ! Yang pertama , ke Korea.. ditaja oleh Samsung. Kemudian ke Jepun , ditaja oleh Air Asia dan Australia oleh.. ? Haa.. Tungguuuuu...
Dan tadi , aku g la IOI Mall Putrajaya. Nak tukar duit kat sana.. Aku bawak RM500. Tak tau lagi berapa dapat.. Malas nak kira ! Sampai kat kaunter pertukaran mata wang asing , aku bagi duit berjumlah RM500. Di skrin tv tadi tertera 3.16.. Hurm...
RM474 , aku dpat AUD150 !
Ternyata mata wang kita masih lemah ! Ada orang besar kata , semua tu tak penting ! Janji pelancong luar datang ke negara kita.. Tu yang penting ! Dah tu , kalau diorang datang .. apakah harga barang dalam negara murah ? Apakah kita nak tengok diorang je shopping ? Yang rakyat sendiri , pakai barangan buatan tempatan ? Pak pak menteri pakai barangan mana ? Kraftangan tempatan ? Hurmm..
Sedih wehh.. Nasib baik la aku pergi ni atas dasar kerja. Kalau saja saja nak melancong , rasanya tak lepas aku nak hidup kat sana ! Aku kena menabung dari kecil lagi , kalau teringin nak pergi ke luar negara.. maklumlah , takde orang derma atau harta warisan untuk aku abiskan !
Apa pun .. aku bersyukur.. dengan blog , aku merasai semua ni ! Alhamdulillah.. Kalau kerja dengan 'diorang ' hanya boss dan mereka yang bertaraf tetap je merasa gi sana sini.. huhu.. Kenangan tuuuu !
Aku dah buktikan.. korang pon boleh ! Tak semestinya makan gaji baru boleh berpendaptan ! Yang penting , berkat .. tak kira berapa pon kita dapat.. kena jaga part tu !
11 comments
Betul...berkat..amin.
BalasPadamrezeki dari Allah sentiasa datang asalkan kita berusaha untuk dapatkannnya
BalasPadamSeronoknya..hehe..nanti jgn lupa ole2 :P
BalasPadambetul...keberkatan rezeki tu yang penting. Selamat bercuti sambil bekerja ben
BalasPadamtake care :D
BalasPadamAlhamdulillah. Rezeki allah tentukan. Smoga nanie diberi peluang sebegitu juga satu ari nanti. Take care abg ben
BalasPadambestnye abg ben...harap tahun depan dapatlah g melancong
BalasPadambestnya ada ditaja tu. camne nak sampai tahap camni ya
BalasPadamWah seronoknya nak gi ke australia...memang duit malaysia masih kecil jika dibandingkan negara maju lainnya. Kesian rakyat beli barang sekarang asik naik je. Tahniah dear boleh jalan-jalan free.
BalasPadamtke care
BalasPadamteringin nak jelajah ke luar negara sebagai blogger T_T
BalasPadam