Buffet Ramadan 2018 : Seri Pacific Hotel tampil kelainan !
Dengan bertemakan ' Santapan Buka Puasa' kali ni , Seri Pacific Hotel menyediakan ruangan khas di dewan banquet dengan harga pakej yang cukup menarik ! Berbeza dari tahun tahun sebelum ni , lokasi kali ni tampak lebih ekslusif dan lebih selesa. Sebelum ni , selesa gakkkk ! Sebab tu Seri Pacific ni antara favourite aku untuk berbuka puasa beramai ramai !
Kenapa ? Selain mudah nak solat Maghrib , mudah nak parking kereta , mudah nak ke sini dengan pengangkutan awam dan paling penting , hidangannya yang cukup mengiurkan aku. Fuh , tak pernah gagal la makanan diorang. Confirm balik dengan kekenyangan yang amat. Huhuhuh..
Dengan harga RM120 untuk dewasa dan RM60 , kanak-kanak pastinya cukup berbaloi. InshaAllah akan menepati selera korang yang teringin cari kelainan suasana berbuka puasa. Kalau tempah awal dapat diskaun ! Hahahaa.. Tu kena call tanya sendiri. Heee..
'Santapan Buka Puasa' akan bermula pada 17hb May hingga 14hb June 2018. Antara hidangan menarik yang bakal menanti korang hasil air tangan Chef Haji Saad dan rakan rakannya ialah Briyani Gam , Nasi Kandar , Sup Gearbox , Kambing Bakar , Kacang Pool adalah yang wajib dinikmati disamping dengan hidangan tradisional seperti sambal belacan , cencalok , budu , tempoyak cili api , sambal mangga yang berpasangan dengan ulam-ulaman yang cukup segar !
Selepas tu , ada pencuci mulut yang sedap seperti Durian Cendol , pelbagai jenis bubur dan pulut ! Buah buahan adalah wajib disajikan. Air ? Heee.. ada air kelapa , Lai Chee Kang , Air Kiwi , Air Kurma dan banyak lagi !
Banyak sangat hidangan. Ni aku buh gambar yang cun. Tak sempat amik gambar lauk pauk sebab sedap ditengok tak sempat sempat diambil gambar. Bedal dah ! Hahahaha.. Oh ya , dinasihatkan , buat tempahan sebelum masuk Ramadan sebab biasanya akan full house !
Sila telefon 03- 4042 5555 atau email ke resv@seripacific.com untuk tempahan ! Selamat berpuasa !
6 comments
wow sedapnyaaaaaaaaaaaaaaa
BalasPadamhuwaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa rugi xle join tahun ni.. wahai encik hotel,, belanja lah sy pegi masa bulan puasa hehehehe
BalasPadamTeringat ingat kuey teow goreng smalam, mmg sedap yg amat
BalasPadamGambar kuey teow mana? Mana mana .??
BalasPadamHaishh... . Paling sedap tu kuey teow goreng kat sini. . Pandai Aben sorok eh..
Serius laaa... Menu buffet ramadhan kat sini tak pernah mengecawakan.
Fuhhh teringat lagi kesedapan Kuey Teow Goreng dia masa pi last year.
BalasPadamWowww... ada shellout la... menu mmg lain dr kebiasaan
BalasPadam