Alhamdulillah. Terima kasih AADK , #KBBA9 !
Uhuk.. terharu sebenarnya bila diberi anugerah ni. Walaupun tidak 'menjanjikan' glamour tapi bagi aku ini adalah salah satu tanda di mana bergunanya blogger di mata masyarakat dan juga negara. Secara tidak langsung juga turut menidakkan bahawa blogger bukan kerjanya menyebarkan fitnah atau buat artikal mengarut semata mata..
Ketika aku dapat panggilan dari AADK dan dimaklumkan akan anugerah tu , aku semacam tak percaya jer. Untuk aku ? Eh.... takkan kot ? Sebabnya dari awal lagi penglibatan aku bersama AADK ni , aku memang 'berkhidmat untuk negara dan masyarakat'. Aku tak kenakan sebarang bayaran untuk apa jua yang aku buat.
Dan ternyata mereka menghargainya.. sangat sangat ! Terharu aku , ok ! Terima kasih laaa team AADK yang sudi calonkan nama aku.
Cantik trofi ni. Berat wooo ! Tetiba rasa macam menang anugerah Meletop lak ! Huhuhuh... Rakan rakan di media sosial tak henti henti ucapkan tahniah. Walaupun bukan anugerah yang gah tapi bagi aku inilah anugerah yang paling menarik sebab tak perlu merayu undi tapi sebaliknya atas sebab sumbangan dalam media sosial.
Blogger , aku je dapat. Huhu.. Dan selain tu , media cetak dan media elektronik.
Terima kasih semua !
9 comments
wow a big congrat
BalasPadamAlhamdulilah..
BalasPadamTahniah Ben...
Selamat Hari Guru dan Selamat berpuasa Ben...
tahniah aben.memang layak dah ni.Ikon media.. Setimpal apa yang aben lakukan.
BalasPadamtahniah aben.memang layak dah ni.Ikon media.. Setimpal apa yang aben lakukan
BalasPadamTahniah!
BalasPadamtahniah aben! aben memang layak dapat anugerah ni. terbaik!
BalasPadamAlhamdulillahhh menjadi contoh untuk yg lain.
BalasPadamTahniah Aben. Tumpang bangga!
BalasPadamtahniah aben..ats usaha aben .ni la hasilnya
BalasPadam