Tahniah buat McDonald's Malaysia !
Buat yang tak tau lagi , McDonald's Malaysia dikendalikan oleh Gerbang Alaf Restaurants Sdn Bhd (GARSB ) yang mana individu Islam pemegang saham terbesar. GARSB juga didaftar sebagai pembayar zakat dan tahun 2017 GARSB telah membayar zakat sebanyak RM1juta.
McDonald's Malaysia juga terkenal dengan aktiviti kebajikan mereka. Dan sempena bulan Ramadan ini , mereka menaja moreh di surau surau dan masjid masjid di sekitar lokasi restorannya serta 26 institusi pengajian tinggi dan juga agihan kurma serta air untuk berbuka puasa kepada orang awam di stesen stesen LRT terpilih.
Semalam , aku dan rakan rakan blogger #KBBA9 berpeluang menyertai program kebajikan anjuran McDonald's dengan kerjasama Majlis Agama Islam Selangor ( MAIS) , Lembaga Zakat Selangor , Yayasan Darul Ehsan (YDE) meraikan lebih 500 anak anak yatim asnaf dari 12 rumah kebajikan sekitar negeri Selangor untuk berbuka puasa. Sangat mengharukan. Anak anak yatim yang hadir kelihatan sangat gembira.
Bertempat di Masjid Kampung Raja Uda , Pelabuhan Klang , mencipta sejarah tersendiri yang mana jemputan majlis berbuka puasa ini antara paling ramai pernah diadakan oleh McDonald's Malaysia . Setiap rumah kebajikan menerima sumbangan RM10 ribu dari McDonald's Malaysia manakala kanak kanak menerima RM20 menjadikan jumlah sumbangan bernilai RM130 ribu.
Antara tetamu kehormat yang hadir di majlis berbuka puasa ini.
Sebahagian dari yang menerima.
Hidangan yang melazatkan untuk tetamu
McDonald's Malaysia juga turut mengenalkan menu baru khas sepanjang bulan Ramadan ini untuk berbuka puasa. Dikenali dengan Nasi McD , pelanggan akan disajikan dengan sambal istimewa, telur rebus , ayam McD dan Teh Ais Limau bersaiz medium dengan harga istimewa.
Kandungan dalam, biarlah rahsia ! Hehehe
Tahniah buat McDonald's Malaysia atas usaha usaha murni mereka. Semoga mereka terus maju dan senantiasa memberikan perkhidmatan terbaik buat pelanggan dan memperbanyakkan lagi aktiviti aktviti murni sebegini lagi.
19 comments
Alhamdulillah semoga rezeki lebih berlipat kali ganda... amin
BalasPadamAlhamdulillah...Tahniah buat semua yang terlibat dlm majlis ini.
BalasPadamAlhamdulilah...satu acara yang byk beri kelebihan.
BalasPadamTahniah McDonalds Malaysia. bagus lah pemegang saham orang islam, nak makan kat McD takde isu dah kot inisiatif menyemarakkan bulan Ramadan dengan bersedekah sangat bagus, semoga kita semua lebih bersemangat untuk memberi..
BalasPadamTahniah McDonalds Malaysia. bagus lah pemegang saham orang islam, nak makan kat McD takde isu dah kot inisiatif menyemarakkan bulan Ramadan dengan bersedekah sangat bagus, semoga kita semua lebih bersemangat untuk memberi..
BalasPadamSemoga sumbangan baik macam ni berterusan pada yang memerlukan.
BalasPadamTerbaekkk la Mc Donald..
BalasPadamAlhamdulilah... benda baik.. harapnya akan diteruskan lagi..
BalasPadamAlhamdulillah, smg ramadan berkah dgn sedekah. Amin
BalasPadamAlhamdulillah..tahniah semua
BalasPadamBulan yang penuh keberkatan..tahniah warga McD !!
BalasPadamalhamdulillah..dan tahniah kepada Mcd.Moga yang meraikan anak anak yatim di murahi rezeki..
BalasPadamTahnian McD sebab berjaya anjurkan majlis dan sumbangan untuk anak-anak yatim.
BalasPadamAlhamdulillah, bagus usaha McD ni. Moga anak anak tu gembira
BalasPadamalhamdulillah. .semoga rezeki lebih berlimpah ruah. .amin.. hihihi
BalasPadamTahniah, semoga terus memberi manfaat walaupun bukan di bulan ramadan juga...
BalasPadamBaru tahu siapa yang mengendalikan McDonald Malaysia. Tahniah di atas usaha murni ini. Hari tu, ketika Penang dilanda banjir besar, Mc Donald ada hulurkan bantuan untuk kawasan yan dilanda banjir. Thanks.
BalasPadamAlhamdulillah program csr yag baik dibulan yang mulia ini
BalasPadamBagus program camni, moga diteruskan.
BalasPadam