Tertanya tanya sejak Qhaliff kecil lagi , apa menda lubang kecil di cuping telinga dia tu ! Jawapan tak dapat sehinggalah tadi , wife bagi aku satu artikal mengenai sinus telinga !
Sama macam Qhaliff ! Bila ditekan , akan keluar kotoran tapi takde la nanah dan sebagainya. Apakah sinus telinga ini merbahaya ? Aku sendiri tertanya juga pada awalnya.. Siap ada sampai dibedah gitu ! Huhh.. Biar benar ???
Kalau nak tahu dengan lebih lanjut, sila baca artikal dari Dr. Ahmad Nordin ini..
Gambar : Cuping teliga Qhaliff
Ada satu soalan di ruangan komen dan ianya dibalas oleh doktor tersebut..
“ Assalam doc ank sya b’umr 5bln dan mpunyai lbg d tlga sprti pic d ats tpi smkin ank sya m’bsr lbg itu smkin kcil dan alahamdullilah stakat ini ank sya sht dan aktif. adakah sya prlu b’jmpa pkr??? Mohon dr dpt m’bntu sya mcri pnylesain utk ank sya “
Jawapan :
“ Waalaikumussalam ,
Kebanyakan sinus telinga tidak perlu sebarang rawatan & pemeriksaan lanjut. Jika ia menjadi bengkak, merah & mengeluarkan nanah- silka jumpa doktor untuk rawatan antibiotik.
Jika anda kurang pasti dengan penjelasan saya, anda boleh berjumpa doktor anda. “.
Kena pantau gamaknya ni ! Hurmmm…