Hurmm .. pemaju antar orangnya ke rumah aku tepat jam 10 pagi . Aku pun dah standby dah .. Selepas hantar wife ke pejabat , aku terus gi rumah aku. Semalam , tidur lagi di rumah orang tua aku . Qhaliff seronok la.. ramai kawan .. huhu .. Sepupu2 dia dari penang pon ada ..
Jadi apa kesnya ? Plumber tu pon check.. Dia kata saluram yang pecah tu berkemungkin dari paip yang disambung dari paip asal sbb air keluar dari saluran sambungan. Maknanya bukan salah kontraktor pemaju . Aku terus call konraktor yang buat renovation rumah aku. Masih aku ingat lagi kata kata dia ..
“ Kalau ada apa apa problem walaupun dah abis tempoh waranti , bagitau je. Diorang datang buat.. “ .
Dan sejak minggu lepas , segalanya menghampakan ! Hampeehh ! Janji apa ? Tolong sambung sendiri .. Ok , sambung cerita.. Plumber tu call bos dia .. Bagitau apa kes.. Kemudian dia dengan sendirinya gi panjat bumbung rumah.
Pastu dia jerit.. Haaa .. Paip sambungan atas ni yang pecah ! Air keluar ikut saluran air hujan ! Aku tanya dia camana ? Dia kata dia boleh buatkan .. Cuma bayar upah dia je la.. Barang dia gi beli sendiri ..
Syukur , alhamdulillah !! Lega sungguh dengar . Maklumlah , dari kena pecah dinding atau tiles tu yang makan beribu tu , baik kena beratus je pon.. Tak mahal mana kalau rajin nak buat sendiri tapi aku malas ! Jadi aku bayar upah dia jer .. Selesai !
Punca sebenarnya !! Tu je pon !! Perghh… lega tapi lom selesai sbb aku lom test air lagi .. Dia kata lepas 2-3 jam , baru leh bukak air sbb takut gam tak elok melekat nanti ..