OPERASI MAUT BERMULA !

by - Isnin, Disember 28, 2009

Sapa nak join ? kalau nak join..sila berikan nama dan gambar terkini ! termasuk juga berat anda terbaru...

Mesti korang pelik kan.apa maksud aku ni..hehehe...maksud aku ialah..diet ! Aku tau aku tak gemuk tapi sebelum badan aku kembang cam belon gas ada baiknya aku mulakan...sebabnya aku skang makan nasi tak hengat dah ! bukan nak makan sangat tapi bila dah dihidangkan , sah sah aku makan tanpa rasa bersalah..mana boleh !! dulu aku leh elakkan ..seminggu sekali je nasi..


ni hasil yang aku berjaya buat dulu...nak tunjuk perut..tak leh kan..nanti ada je org komplen..so korang bayangkan la sendiri..huhu...

Masa ni , makanan utama aku ialah putih telur , roti dan juga buah..disamping aku amik susu hl setiap hari...amacam ? ada berani nak follow aku ? skit je nih....

Tujuan aku berdiet ni sebenarnya ada dua..kesihatan dan penjimatan ...hehehe...kesihatan , macam korang tau kan ..aku ada tekanan darah tinggi....manakala penjimatan pula dari segi $$ dan masa...huhu..

So apa menu aku untuk diet ni ? Untuk hari ni..aku mulakan dengan bihun kering..yang dimasak oleh wife aku..takde sambal dan minyak yang kurang..untuk tengahari pula..aku dah sediakan roti gardenia dan vico 3 in 1..haaa....malam ? perancangan makan malam pula , salad..ni semua disediakan oleh isteri aku..hehehe...untuk membakar lemak lemak tu , aku perlu g gym ! huhu...teknik workout pula , sah sah akan berubah...akan lebih menjurus kepada pembakaran sisa sisa lemak ...

Disamping itu , aku akan amik sejenis ubat tradisional..nak tau ? mana bleh..rahsiaaaa..hehehe...dah juga satu jenis losyen...haa..untuk disapu pada perut ketika workout...huhu..amacam ? nak tau rahsia aku ? ikuti setiap hari blog aku ini dan aku akan ceritakan rahsia semua ini...

Kena ingat...operasi aku ni , bukan sehari dua...dijangka akan berterusan sehingga bulan 6 tahun depan !!!!! ...sapa nak follow aku , bagitau aku...hehehe...

Aku nak sediakan jadual sapa sapa yang nak follow...huhu....


You May Also Like

3 comments

  1. hurm....aku nak bulk, cume control bab makan nasi. boleh ka? tukar nasi ke pasta. huhuhu...

    pakai losyen?? mcm tau je losyen apa ko pakai. kahkahkah...

    BalasPadam
  2. aku idamkan badan cam gitu... huuuu~ tp apakan daya.. kalo diet, agaknya mati kurus ak, haha

    BalasPadam
  3. salam..wahh..cambes je cabaran ni kan..tp x confident lak tuk dpt bdn cmtu...wakaka..

    BalasPadam