Lama tak update blog. Sibuk menguruskan rumahtangga. Dan aku sekarang lebih banyak 'habiskan masa' di Tiktok berbanding blog. Instagram pun dah kurang nak update. Facebook je aku rajin jengok walaupun sebenarnya aku makin menyampah dengan suasana di sana. Hari hari ada isu yang mengundang rasa tidak puashati terutama di kalangan rakyat. Yang post , yang komen, yang mengeji , yang mengutuk... Haih , ibarat retak menanti belah jer. Harapkan pemimpin ? Hurm... ke laut dalam. Diaorang sendiri penuh dengan ' masalah'. Serabut.
Zaman pantas berlalu. Dulu , blog tempat mudah buat duit. Walaupun blog sekarang masih relevan tapi untuk menjana pendapatan sampingan dari situ rasanya sudah semakin 'mengecil' berbanding TikTok. Facebook pun boleh buat duit tapi di situ dia punya syarat lebih ketat berbanding Tiktok. Salah sikit , boleh kena sekat terus akaun. Aku dah kena.
Hurm.. malas sebenarnya aku nak cerita pasal ni. Bukan apa.. Aku pun bukan dapat banyak dari situ. Sekadar lepas la nak bayar bil bil kecil dan belanja anak anak makan. Tak boleh bikin tukar kereta baru pun. Hahahah..
Cuma bagi aku sekarang ni la... Tiktok semakin membosankan manakala Threads semakin naik. Cuma itulah... penat nak baca komen komen negatif. Entahlah.. Mungkin aku semakin tua dan tak sesuai dah dengan media sosial. Hahahaha.. Ada juga rasa kekadang nak je lepak dalam gua di hutan. Penat dah dengan dunia zaman sekarang.
