CUEPACS oh CUEPACS ..

by - Rabu, September 28, 2011

 

Aku tak tau la kot kakitangan sementara mahupun kontrak ni  termasuk 'dilindungi' oleh CUEPACS ataupun tidak .. Tapi kalaulah 'YA' , apakah nasib kakitangan yang aku katakan diatas itu pada perbentangan bajet 2012 nanti ?

 

Apa yang diperjuangkan oleh CUEPACS masa ni ialah BONUS 2 BULAN dan TINGKATKAN UMUR PERSARAAN.. Umur persaraan ni , umur diorang ke ? Sampai bila nak keje ? Yang nak masuk keje ni camana yer ?? Yang nak naik pangkat isi kekosongan camana pula yer ?

 

Maaf cakap la yer .. Mungkin aku tak tau .. Tapi apa yang aku tau , CUEPACS  ni kena la turun padang gak .. Tengok di sektor awam sekarang ni .. Yang isi tempat tempat kosong ni , adalah kakitangan kontrak .. Jangan perlecehkan kakitangan kontrak..  Mereka yang kontrak ni , 'boleh kena terajang keluar' bila bila masa je.. Bila tak diperlukan , maka tamat kontrak tanpa sebarang penghargaan langsung ! Begitu ke ??? Kalau yang tetap ? Oh ya , lupa ..itulah kelebihan penjawat awam tetap .. kan ?

 

Aku bukanlah cemburu atau nak sangat .. Aku kesian kat adik-adik aku kat pejabat aku dan juga mereka yang dah berkhidmat di sektor awam ni.. Mereka tugas kadang-kadang melebihi dari yang tetap .. Apa cer ?? Ada sapa sapa pandang akan pengorbanan mereka ??  Apa ??? Gaji dah dibayar ?? Kira tugas kontrak ni membantu yang tetap je la yer ? Yang tetap ni tugasnya dah cukup membebankan eh ?? Benarkah ???

 

Maaf yer kawan-kawan yang tetap ni.. Aku bukan cemburu .. Tapi keadilan perlu sama rata .. Mereka yang kontrak ni pun , kena maki .. Kena marah dek orang awam.. Mereka semasa dimaki hamun dek orang awam , sedikit pon mereka tak kata ;

 

" Eh , jangan maki kami.. kami cuma kontrak .. Kami tak dihantar mengikuti sebarang kursus seperti yang tetap pon ! " ..

 

Mereka terima seadanya dan membuat laporan pada pegawai atasan.. Mereka diamkan saja .. Asalkan mereka terus bekerja sehingga bila pon tak tau la ..

 

Kenapa tak mintak swasta ?? Camana la nak mintak swasta .. Ada kekosongan ? Cuba fikir yer .. Kerajaan nak pakar-pakar berada dalam sektor awam .. Ingat mereka yang kontrak ni masuk ke sektor awam ni lepasan SPM ke ?? 90%  mereka punya degree atau master .. SPA kena la bagi kelonggaran sedikit .. Buat panggilan khas .. Ni berkhidmat bertahun-tahun , tak dipandang langsung akan pengalaman mereka.. Pastu dengan pengalaman begitu , suruh keje ngan swasta ? Bila swasta naik , sibuk nak tarik masuk gov ! Apa cerita ni ??  Contoh ada banyak ..

 

CUEPACS .. Bukak la mata !!! Meluat asik perjuangkan perkara yang sama setiap tahun !! Pikir bonus je memanjang ! Setiap tahun kos sara hidup mmg akan meningkat punya la.. Takkan itu je perjuangan anda ??

 

Sekali lagi , maaf buat yang terasa .. Bagi yang tak terasa tu , aku tau korang buat keje dengan penuh amanah .. Aku ? Lama dah ilang semangat .. Setiap tahun menanti dengan sabar .. Apa yang aku dapat , setiap tahun berita duka.. Dari sebuah unit yang besar , akhirnya tunggu aku je nak 'bersara' ... Tu pun bakal diberi penghargaan dengan sebuah senyuman berbanding yang tetap ..

 

Menarik bukan ? Berkhidmat untuk kerajaan .. Hurm... Duit rakyat gak tu .. Lupa eh ?

 

CUEPACS = Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam atau Congress of Union of Employees in the Public And Civil Services .

 

Blog Pilihan : KaK LimAh Si SupiR

You May Also Like

17 comments

  1. aku nk naik gaji tp klu nk bg bonus ngan kenaikan gaji sekali aku terima...

    BalasPadam
  2. stuju..
    harap ada pembelaan buat kami yg berstatus kontrak dan PSH ni..
    terima kasih abg Ben utarakn isu ni..
    hrp ade pihak yg terlibat baca dan ambil tindakan..

    BalasPadam
  3. betul2..aku start dari kontrak tapi alhamdulilah sekarang dah dapat tetap..tak payahlah nak beza2 kan taraf jawatan tuh..serik dah rasa..

    BalasPadam
  4. terima kasih abg ben..

    saya keje kontrak ni sepanjang gradute 2004 hingga ke saat ni masih belum ada peluang lagi..mungkin belum rezeki saya...

    pernah suatu ketika saya bercakap dengan seorang cikgu kalau saya dapat tetap tp gaji tak naik pun saya tak kisah janji tetap ...

    doakan saya dapat kerja tetap...

    BalasPadam
  5. kalu dapat apa yg cuepacs perjuangkan, saya terima jer...

    tapi tang tingkatkan umur persaraan tue tak berapa nak setuju laa sebab yang veteran nie kebanyakannya bila suruh buat kerja selalu bagi alasan, kami dah tua tak larat nak buat kerja banyak2.

    BalasPadam
  6. Terima kasih bro atas keprihatinan.

    Adik saya kerja kat putrajaya, setiap kali ada berita baik dia akan cakap "..emm.. tak tau lagi bang, kami ni dapat ke tak.. taulah kontrak" sedih saya mendengarnya. Tapi dia tidak pernah merungut pasal kerja dan dia sentiasa berharap akan dapat 'tetap'.

    p.s: bilalah mereka akan dapat pembelaan. Menggaji/menyerapkan mereka adalah berbaloi kerana mereka sudah berpengalaman dan mahir dalam kerja.

    BalasPadam
  7. mudah-mudahan pekerja kontrak berhak mendapat apa yang sepatutnya mereka dapat.. apda IEB kerja mereka sama sahaja cam yang tetap ni.. kenapa nak bezakan sedangkan kerja yang dilakukan sama atau lebih

    BalasPadam
  8. tingkat umur bersara? tak setuju... depa yg baru nak mula hidup camner nak makan kalau tak de duit. depa dah kerja lama2 patut kumpul duit dah. sehari seringgit, dpt 30 sebulan. setahun dah berapa. 20 tahun kerja pun banyak juga terkumpul.

    BalasPadam
  9. sokong!!
    sebab saya merasa keje kontrak,sambilan dan alhamdulillah dah dapat tetap.

    Hargailah mereka juga....:)

    BalasPadam
  10. aku setuju la pandangan ko pasal pekerja kontrak ni ben. kat opis aku ni ader banyak PKS. dalam kontrak tulis kerja sampai kul 3 jek. tapi bos suruh kerja ikut staf tetap sampai kul 5. tapi bukan diorang leh claim OT pon. kerja pon sama cam staf tetap xde beza langsung. tapi hakikatnya mereka tetap PKS. datang kerja ade gaji, x dtg gaji kena tolak. kira nasib PKS ni lebih buruk dari kontrak pasal PKS ni renew kontrak setiap 6 bulan dengan tempoh maksimum 2 tahun. mmg kesian ngan diorang ni carik kerja lain x dapat2. kerja yang ada lak ibarat di hujung tanduk. ape la nasib...

    BalasPadam
  11. aduhai..nasibla aku keja tetap...nk keja sampai umur brp?..entah la..

    BalasPadam
  12. salam... BA, smalam sy ada taklimat ttg ni dgn president cuapacs... dia ckp ada 4 pkara y dia minta pd belanjawan nti termasuk 2 perkara y BA sebutkan tempoh persaraan dan bonus tu... tp dia jg ada sebut kakitangan kontrak dan sementara jg sama dgn tetap minta naik naik.... tp xde lak minta serapkan tetap.... apapun wait n see la 7hb nti apa y akan diberikan....

    BalasPadam
  13. setuju ngan pandangan abg ben...pekerja kontrak ni x dipandang sebelah mata pun walhal dorang kerja melebihi staff tetap..pekeliling yg baru langsung takde kelebihan memihak pd pekerja kontrak...nasib la nak buat camne...

    BalasPadam
  14. haihhh..bile laa nk dpt keje tetap ni =_=

    BalasPadam