Jangan sesekali berhenti bila dilanggar kereta !

by - Khamis, September 29, 2011

 

Awas ! Ini bukan kali pertama berlaku ! Penyangak semakin menjadi-jadi ..

 

Hurm... Semakin berani ! Itu je yang aku boleh katakan .. Ada kes di Sg.Buloh sewaktu seorang guru wanita keluar dari rumah nak ke sekolah. Seingat aku , keretanya dilanggar dari belakang. Lalu dia berhenti. Keluar 4 orang lelaki berparang lalu mengetuk cermin keretanya dengan kuat agar pecah.  Nasib baik suaminya yang kebetulan keluar dari rumah nampak kejadian tu lalu menjerit meminta tolong . Kejadian berlaku awal pagi . Syukur tak jadi kecederaan berlaku .

 

Dan ini terbaru , di Kosmo .. Berlaku di KL .. Hurm.. Baca Bayi terselamat cubaan culik ini .. Menakutkan betul ! Semua ni semata mata duit sampaikan tak kisah apa apa dah .. Iskhhh... gila betul laa...

 

Buat wanita yang gemar memandu malam atau awal pagi , kalau rasa pelik je semacam je , periksa la kiri kanan depan belakang .. Kalau diekori tu , g cari balai terdekat atau tempat ramai orang .. Yang betul betul ramai.. Skan ni , diorng buat keje tak kisah dah .. Awam ke tak awam ke , diorang nekad.

 

Kalau kena langgar tu , terus je ke balai polis untuk buat laporan. Jangan semata mata  beratus ringgit , nyawa anda terancam.

 

Blog Pilihan : quraishah sudin

You May Also Like

13 comments

  1. bahayalah sekarang ini....macam2 cara dorang guna....hanya kerana nafsu dan duit..kan.

    aku nak follow blog lah..tapi sapa ye?? http://cayob.blogspot.com/

    BalasPadam
  2. terima kasih..untuk ingatan semua :)

    BalasPadam
  3. jenayah semakin berleluasa sekarang..
    takutnya!! namun kita kena lebih berhati2..

    BalasPadam
  4. betullah... bahaye. pecut je laju2...

    kalau die duk dpn pn langgar je..-.-'

    BalasPadam
  5. takutnya... naik kereta pun dah tak selamat dah..

    BalasPadam
  6. dulu saya keluar dari rumah pukul 6.15 pagi..dok Kedah, waktu macam tue kira awal lagi la..jalan pun gelap jer..

    penah diekori satu van, bila kita bwak slow, dia pun slow. nasib baik lepas belok masuk simpang, dia dah tak ekori

    BalasPadam
  7. memang menakutkan...jadikan pedoman buat semua tak kira lelaki atau perempuan. kalau lelaki jgn coba tunjuk kejantanan...takut buruk pula padahnya...

    BalasPadam
  8. bahaya betul zaman sekarang ni.. buat 1 entri suruh prempuan belajar silat. hehe

    BalasPadam
  9. macam2 cara orang nak dapat rezeki haram sekarang..bukan yang bawa kereta je, motor dan yang naik kenderaan awam lagi lah sentiasa terdedah dgn bahaya..~ =.='

    BalasPadam
  10. bahaya nya..thanks for the valuable info ben!

    BalasPadam
  11. skang nie kita mudah sgt terdedah dgn jenayah.....klu blajar seni mempertahankan diri pun x leh pakai dh..sbb penjenayah dh maju byk senjata api yg mereka gunakan....

    BalasPadam